Iklan

Khamis, 23 Disember 2010

Sejarah Selangor

Assalamualaikum w.b.t.apa kbahar semua.Bersua lagi kita pada kali ini.Hari ni kita akan berkongsi sejarah negeri Selangor Darul Ehsan pula.

Sejarah Selangor

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.

Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Selasa, 21 Disember 2010

Sejarah Pulau Pinang

Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan Penang,tapi orang utara panggil tanjung......kat sana terkenal dengan nasik kandar @ kandaq...dan yg paling top lagi tentulah awek2 kat sana juga lebih dikenali dengan anak mami tanjung.....ikuti sejarahnya....

Sejarah Negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).

Geografi

Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis. Tetapi dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

* Pulau Pinang , sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi .
* Seberang Perai , sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara dan timur dan Perak di selatan .


Bandar-bandar utama

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957. Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini juga terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah, Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan jumlah penduduk melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua terbesar selepas Lembah Klang.

Daerah daerah di Pulau Pinang

1. Barat Daya
2. Seberang Perai Selatan
3. Seberang Perai Tengah
4. Seberang Perai utara
5. Timur Laut

Bandar-bandar utama lain

* Ayer Itam
* Balik Pulau
* Batu Ferringhi
* Batu Maung
* Batu Lanchang
* Bayan Baru
* Bayan Lepas
* Farlim
* Gelugor
* George Town
* Green Lane
* Gurney Drive
* Jelutong
* Paya Terubong
* Pulau Tikus
* Pulau Betong
* Sungai Ara
* Sungai Dua
* Sungai Nibong
* Tanjung Bungah
* Tanjung Tokong
* Teluk Bahang
* Teluk Kumbar

Province Wellesley

* Alma
* Bagan Ajam
* Bagan Luar
* Batu Kawan
* Bukit Mertajam
* Bukit Minyak
* Bukit Tambun
* Butterworth
* Jawi
* Juru
* Kampung Gajah
* Kepala Batas
* Mak Mandin
* Nibong Tebal
* Pantai Aceh
* Permatang Pauh
* Permatang Tinggi
* Perai
* Raja Uda
* Seberang Jaya
* Simpang Ampat
* Sungai Bakap

Penduduk

Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:

* Cina: 635,500 (42.5%)
* Melayu: 612,300 (41.0%)
* India: 148,000 (9%)
* Lain-Lain:
o Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
o Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap. Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.

Sejarah

Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.

Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Kerajaan negeri

Negeri Pulau Pinang mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) sendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan pihak berkuasa kerajaan pusat.

Sebagaimana dengan negeri-negeri Malaysia yang lain, Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi ahli-ahli yang dilantik daripada parti politik yang menjadi kerajaan. Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Sebagai tradisi, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbangsa Tionghoa untuk membayangkan kaum majoriti di negeri ini.

Pada Mei 2005, terdapat permintaan daripada ahli-ahli UMNO, parti politik yang terbesar dalam kerajaan campuran, untuk menggilirkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di antara parti-parti komponen Barisan Nasional, akan tetapi cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri.

Terdapat dua majlis perbandaran di Pulau Pinang, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Ahli majlis tempatan dilantik oleh kerajaan negeri sejak Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dibatalkan dalam tahun 1960-an.

Negeri Pulau Pinang dibahagikan kepada lima pembahagian pentadbiran:

* Seberang Perai
o Seberang Perai Tengah;
o Seberang Perai Utara;
o Seberang Perai Selatan.
* Pulau Pinang
o Daerah Timur Laut;
o Daerah Barat Daya.



Kebudayaan dan ekonomi

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.

Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.

Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan, kewangan dan lain-lain perkhidmatan.

Pengangkutan

Pulau Pinang dikaitkan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia. Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:

* Georgetown dan Butterworth (yang mana stesen keretapi yang terdekat ditempatkan) di tanah besar; dan
* Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditempatkan di selatan pulau dan memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.

Beca masih lagi boleh didapati dibeberapa tempat di Georgetown. Walau bagaimanapun, dengan ketibaan pengangkutan moden, beca semakin menjadi daya tarikan utama kepada pelancong. Malangnya, pengangkutan moden telah membawa masalah kesesakan trafik kepada lebuhraya Pulau Pinang, disebabkan kebanyakan jalan di pusat bandaraya terlalu sempit kerana ketiadaan perancangan yang baik.

Rujukan

* Diterjemahkan daripada rencana bahasa Inggeris yang bertajuk "Pulau Pinang" di Wikipedia Bahasa Inggeris.
* The Penang Tourism Action Council. "The 'Light' Years and Beyond" (2005).

Sejarah Negeri Perlis

Sejarah Negeri Perlis

Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand di utaranya (lihat peta).

Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).

Bandar-bandar utama di Perlis termasuk Arau, Kangar, Kuala Perlis dan Padang Besar. Pekan-pekan kecil pula termasuk Beseri, Kuala Sanglang, Mata Ayer, Pauh dan Simpang Empat.

Asal Nama Negeri Perlis

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui:-

* Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu â??Phrau Loiâ? (Maphrau Loi) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi â??perelehâ?? atau Perlis.
* Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan â??perolehâ?? yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
* Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
* Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan â??perlusâ??. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan â??terperlusâ??. Dari perkataan â??perlusâ?? itulah, Perlis mendapat namanya.
* Menurut sebuah buku yang tulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis. Pokok ini dahulunya tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut, terutama sekali di kawasan pinggir sungai. Kini, pokok perlis ini telah pun pupus.

Meskipun terdapat banyak kisah atau andaian tentang asal-usul nama negeri Perlis, kebanyakan sejarawan percaya bahawa negeri Perlis dinamakan bersempena dengan nama pokok perlis.

Sejarah Negeri Perlis

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

Ekonomi

Ekonomi negeri didominasi oleh pertanian, terutamanya beras, gula dan buah-buahan. Perhutanan dan perikanan juga merupakan industri yang mustahak, dan negeri ini sedang mengambil tindakan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana.

Kebudayaan

Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek (atau Wayang Gedek).

Kebaya Perlis merupakan pakaian tradisional yang terkenal di negeri Perlis.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

p/s:kat perlis top dengan mempelam harum manis...awek2 sana pon manis manis..hahahahha... (^_^)

Minggu Sejarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya..minggu ini saya terfikir untuk menggunakan @ buat post mengenai sejarah semua negeri di Malaysia ini..sama sama kita kongsikan maklumat yang secebis ni daripada saya...hahahhaha....

Sejarah Negeri Perak

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).

Zaman Kesultanan Melayu

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.

Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

Zaman Penaklukan British

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Alangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.

Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.

Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Alang Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdulazziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.

Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.
10 daerah-daerah terkandung dalam Negeri Perak

Kerajaan

Sultan Negeri Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Krisis perlembagaan Perak

Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar parti. Sultan Perak kemudiannya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan memberi laluan kepada Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar dari Pakatan, Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan tindakan tersebut dari segi perlembagaan negeri dan mendakwa beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.[1] Pada 18 Februar 2009, speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar menggantung Menteri Besar dari Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bersama-sama enam ahli Exconya daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama 18 dan 12 bulan.[2] Pada 3 Mac 2009 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pakatan rakyat serta speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak.Selepas tidak dapat memasuki Dewan Undangan Negeri Perak,kesemua 27 ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri) pakatan rakyat dan speaker DUN Perak,V Sivakumar mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Pihak DAP mendakwa bahawa Sidang DUN itu sah kerana bedasarkan peraturan, speaker Dun Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempat persidangan, sedangkan BN mengatakan ia persidangan haram kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Dalam Sidang Dun, 2 usul diluluskan.

1. Usul undi percaya kepada Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin.
2. Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak.

Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun telah mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang pada 3 Mac 2009 (Bernama). Ini berdasarkan fakta/peraturan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak. [3]

Budaya di Negeri Perak

Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam) pernah bertapak di negeri Perak. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Perak.

Sejak sejarah dikuasai oleh perlombongan timah dan getah, Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-dua industri tersebut. Tindakan telah diambil baru-baru ini untuk mengubah ekonomi negeri Perak kepada sebuah ekonomi berdasarkan perindustrian dan pengilangan.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Isnin, 20 Disember 2010

Sejarah Negeri Kedah Darul Aman

Sejarah Kedah Darul Aman.Negeri yang dikenali dengan jolokan negeri JELAPANG PADI Malaysia.semua orang sedia maklum tentang gelaran ini tetapi sejarah negeri ini bukan semua orang ketahui,justeru dengan itu,saya ini berkongsi sejarah negeri serba sedikit dengan pembaca semua...uhuhuhu...

Sejarah Negeri Kedah

Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.

Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.

Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).

Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya

Garis masa Kesultanan Kedah

* 1136: Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179)
* 1179: Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1202)
* 1202: Sultan Muhammad Shah (1202 - 1236)
* 1236: Sultan Muzzil Shah (1236 - 1280)
* 1280: Sultan Mahmud Shah (1280 - 1321)
* 1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373)
* 1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 - 1423)
* 1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 - 1473)
* 1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah I (1473 - 1506)
* 1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 - 1547)
* 1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 - 1602)
* 1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1626)
* 1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 - 1652)
* 1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 - 1662)
* 1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 - 1688)
* 1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 - 1698)
* 1698: Sultan Abdullah Mu'adzam Shah I (1698 - 1706)
* 1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 - 1710)
* 1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)
* 1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 - 1797)
* 1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 - 1804)
* 1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845)
* 1845: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1845 - 1854)
* 1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879)
* 1879: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1879 - 1881)
* 1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)
* 1943: Sultan Badlishah (1943 - 1958)
* 1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958 -)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


kepada sesiapa anak jati kedah boleh berbangga kerna mempunyai seorang SULTAN yang berjiwa rakyat dan masih kuat untuk memerintah negeri.syabas..semoga ALLAH memanjangkan Usia TUANKU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya