Iklan

Isnin, 20 Februari 2012

Api mengalir di air terjun

AP/Yosemite National Park Service
IMEJ dekat air terjun kelihatan seperti api sedang mengalir di Taman Perkhidmatan Negara Yosemite.
YOSEMITE, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan jurugambar akan berkunjung ke Taman Perkhidmatan Negara Yosemite di sini pada setiap pertengahan Februari.

Mereka akan merakamkan fenomena alam semula jadi yang akan menunjukkan seolah-olah api mengalir dari Glasier Point.

Fenomena itu terjadi apabila Bumi dan matahari berada dalan keadaan sejajar pada waktu matahari terbenam.

Pada waktu tersebut, cahaya matahari akan menyinari salah satu air terjun di taman ini.

Air terjun itu kemudian akan kelihatan seperti lahar yang mengalir. - AP

Ferrari dijadikan kereta polis dipamerkan

SEBUAH kereta Ferrari milik polis Colombia dipamerkan di sebuah pusat komersial di Bogota kelmarin.

BOGOTA, Colombia - Sebuah kereta Ferrari yang dijadikan sebuah kereta polis selepas ia dirampas daripada seorang penyeludup dadah, Hernando Gomez dipamerkan kelmarin.

Kereta Ferrari 348 model 1991 itu kini berwarna hijau dan putih berbanding warna asalnya merah.

Kenderaan tersebut yang juga mempunyai logo polis dipamerkan kepada orang ramai di sebuah pusat komersial di sini.

Kereta itu dirampas daripada Gomez pada satu operasi polis yang dilakukan pada 2004.

Ferrari itu mempunyai enjin 300 kuasa kuda V8 dan mempunyai kelajuan 275.2 kilometer sejam.

Dalam operasi itu, barang-barang yang bernilai £60 juta (RM289.12 juta), termasuk ladang, rumah dan hasil seni turut dirampas.

Gomez telah diekstradisi ke Amerika Syarikat atas tuduhan penggubahan wang haram dan dadah. - Agensi

sumber - kosmo

Rabu, 15 Februari 2012

Pesta tangkap ikan sturgeon

BEBERAPA ekor ikan sturgeon dipamerkan di sebuah bar di Winneconne, Wisconsin pada Sabtu lalu.

TASIK WINNEBEGO, Amerika Syarikat (AS) - Pesta menangkap ikan sturgeon diadakan di Tasik Winnebego di Pipe, Wisconsin pada Sabtu lalu.

Pada hari tersebut, para penangkap ikan berkenaan akan pergi ke stesen timbang Stockbridge untuk merekodkan berat ikan yang telah ditangkap.

Ikan itu terkenal dengan telur untuk membuat kaviar yang merupakan makanan pencuci mulut yang mahal tetapi sedap.

Salah seorang penangkap ikan itu, Carrie Seelow berjaya menangkap ikan sturgeon dengan berat 70.3 kilogram.- Reuters

sumber - kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya