Iklan

Jumaat, 30 Disember 2011

Jumaat, 23 Disember 2011

Sempoi pesawat ni....





















Khamis, 22 Disember 2011

Honda Fury

























Rabu, 21 Disember 2011

Resipi Arab keluarga Araby


ANNAS ARABY (kiri) dan adiknya Ahmad Sany Araby (tengah) yang juga ketua pegawai esekutif restoran menunjukkan sajian yang terdapat di Restoran Al-Araby Matha'am.

MEREKA yang pernah menjejakkan kaki ke Asia Barat pasti tidak ketinggalan menikmati pelbagai kulinari masakan Arab yang dihidangkan di negara-negara di sana.

Malah, ada antara mereka yang mengakui masakan dari Asia Barat mempunyai keunikannya yang tersendiri sehingga menggamit selera. Justeru tidak hairanlah kewujudan restoran berkonsepkan makanan Arab di negara ini seringkali menjadi tumpuan dalam kalangan penggemar menu dari negara Arab.

Malah, ada antara penggemarnya yang sanggup mengabaikan soal harga yang mungkin agak tinggi asalkan mereka dapat merasai keenakan masakan tersebut.

Menyedari hakikat itu, seorang anak muda, Annas Araby Abdul Halim Araby, 33, memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan tersebut dengan membuka restoran makanan Arab menggunakan nama Al-Araby Matha’am.

“Saya memang mempunyai darah berketurunan Arab kerana susur galur keluarga saya adalah dari negara Yemen malah, keluarga saya sendiri mahir dalam masakan Arab. Menyedari kelebihan serta kekuatan itulah saya membuka restoran ini,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya di Pasar Raya Besar Tesco Extra Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Nama keluarga

Menurut Annas Araby yang bertindak sebagai pengurus restoran, nama Al-Araby diambil sempena nama keluarganya iaitu Araby, manakala Matha’am pula adalah perkataan Arab yang membawa maksud tempat makan.

Jelasnya lagi, idea asal untuk membuka restoran tersebut datang daripada adiknya, Ahmad Sany Araby, 27, manakala bapanya, Abdul Halim Araby Salih Al-Kaheri dan ibunya, Gayah Said merupakan pendorong utama yang banyak memberi sokongan kepadanya dalam merealisasikan pembukaan restoran itu.

Nasi beriani ayam dan daging antara sajian yang harus dicuba pengunjung.

Bercerita mengenai restoran tersebut, Annas Araby memberitahu, ia mula dibuka pada 23 Oktober lalu dengan modal sekitar RM300,000.

Katanya, walaupun baru sebulan dibuka, sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan, apatah lagi sebahagian daripada tujuh menu utama yang disajikan setiap hari habis lebih awal daripada waktu yang dijangkakan sehinggakan menghampakan sesetengah pengunjung yang datang lewat ke restorannya.

Antara menu yang dihidangkan adalah ayam mandy, kambing mandy, kabsa kambing, ayam dan kambing panggang, beriani ayam dan kambing selain menu sampingan seperti khob dhal, buah-buahan dan salad.

Minuman yang menjadi hidangan utama ialah teh Arab selain pelbagai jus segar jenama Rani dan Barbican yang diimport sepenuhnya daripada Asia Barat.

Menurut Annas Araby lagi, walaupun terdapat beberapa restoran berkonsepkan makanan Arab dibuka di sekitar Pulau Pinang, tetapi restoran miliknya mempunyai kelainan yang tersendiri.

Selain menyediakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma, restoran yang dibuka dari pukul 12 tengahari hingga 10.30 malam setiap hari itu juga menyediakan suasana yang lebih selesa dan menenangkan.

RUANG makan yang selesa tambah mendamaikan dengan dekorasi kontemporari.

Setiap hidangan yang disediakan di restoran juga disediakan oleh tujuh orang chef dengan sebahagian besarnya adalah chef yang dibawa masuk dari Yemen.

Import bahan mentah

Selain itu katanya, bagi memastikan keaslian cita rasa Arab pada setiap masakan, 70 peratus daripada bahan mentah yang digunakan untuk setiap masakan diimport sepenuhnya daripada Asia Barat termasuklah beras yang digunakan.

Namun katanya, setiap masakan tersebut telah diolah bagi memenuhi cita rasa pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat tempatan.

“Kami ingin berkongsi resipi keluarga Araby dengan semua penggemar makanan Arab di negara ini dan juga kepada mereka yang masih belum pernah merasai masakan Arab yang sebenar,” ujarnya.

sumber:kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya