Iklan

Khamis, 20 Disember 2012

ARTIKEL - ::::: Peringantan Bersama ::::: - CARA MENDIDIK ANAK.


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak ...Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya). 8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap. 9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). 10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. 11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap) 12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. 13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. 14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). 15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. 16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. 19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam, 20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. 22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. “Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Rabu, 19 Disember 2012

ARTIKEL - SEJARAH - Lagenda Pesawat Terbesar Di Dunia


Hidenburg Zeppelin merupakan pesawat terbesar yang pernah dibina. Ia mempunyai panjang 245 meter atau 800 kaki dan mampu terbang dengan kelajuan 140 mph ( 200 km/j ). Pesawat nie dibina oleh Nazi di Jerman. Pada masa nie Jerman masih lagi berdamai dengan semua negara. Ia boleh memuatkan 30 penumpang yang kaya dan 60 krew pesawat. Pada masa nie, penerbangan ke New York menjadi rutin dan 30 penerbangan kesana telah dilakukan. Pada suatu hari bencana terhadap pesawat nie telah berlaku dan menyebabkan 100 orang mati terbakar di langit Amerika Syarikat. Punca bencana nie masih kabur sehingga sekarang. Akibat dari bencana nie Hitler mengarahkan untuk menghentikan pengeluaran pesawat ni.

Jumaat, 14 Disember 2012

ARTIKEL - SEJARAH - ISLAM - Salasilah Wali Songo


Salasilah Wali Songo Adalah sangat sukar memastikan kesahihan tentang salasilah 9 Wali Songo, banyak kisah benar yang telah ditokok tambah menjadikannya ia sebuah lagenda atau cerita rakyat, yang lama kelamaan akan hilang keaslian kisah kewalian mereka. Begitu juga dalam meneliti salasilah serta asal usul keturunan mereka. Terdapat banyak versi bagi setiap individu bagi sembilan waliyullah tersebut. Terdapat beberapa faktor kenapa keadaan sejarah Wali Songo menjadi keliru. Antara puncanya ialah, agenda penipuan maklumat oleh penulis Inggeris seperti Stamford Raffles, penulis-penulis Belanda yang berfahaman zionis seperti Barros, Tom Pirres, Hendrik De Lame dan ramai lagi telah memutar belit sejarah supaya generasi terkemudian tidak lagi mengenal sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, persaudaraan Islam tanpa sempadan dan yang paling dahsyat ialah memupuk semangat kebangsaan mengikut acuan negara masing-masing di Nusantara. Tujuannya ialah supaya umat Islam di Nusantara tidak akan bersatu dan terus bertelingkah sesama sendiri. Selain itu terdapat juga ekstrimis kesukuan yang taksub dengan Sabdo Palun yang sengaja mereka-reka cerita dengan bertujuan yang tidak baik terhadap Wali Songo. Mereka tidak dapat menerima pemimpin atau orang yang lebih terserlah dari kaum mereka. Dengan itu dikatakan bahawa sebahagian Wali Songo adalah dari keturunan pemimpin mereka secara langsung. Inilah yang menyebabkan berlaku kecelaruan data salasilah serta sejarah Wali Songo. Peranan ke 9 Wali Songo di Nusantara dalam menyebar agama Islam adalah terlalu besar. Ketokohan serta pengorbanan mereka juga wajar dicontohi dan diteladani oleh generasi akan datang. 1- Sunan Gresik Maulana Malik Ibrahim merupakan putera sulung Sayyid Hussein Jamadil Kubro dengan Puteri Linang Cahaya, puteri Raja Chermin (Raja Kelantan/Patani). Dilahirkan di Champa pada tahun 1350 dan meninggal dunia pada tahun 1419 dalam usia 69 tahun. Dibesarkan serta mendapat didikan agama di Kerisek, Patani oleh saudara sebelah ayahanda beliau sebelum pulang semula ke Champa dan berdakwah di sana. Pada tahun 1397, beliau bersama rombongan Raja Chermin, Sultan Iskandar Syah dan anakanda baginda, Sultan Saddiq Maulana telah ke Majapahit untuk memperbetulkan amalan Hayam Wuruk yang dikatakan mencampur ajaran Hindu-Shiva walaupun telah memeluk agama Islam. 2- Sunan Ampel Nama sebenarnya ialah Maulana Ahmad Rahmatullah Bin Sayyid Ibrahim al-Akbar Bin Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Dilahirkan di Champa pada tahun 1377 dan meninggal dunia pada tahun 1533 dalam usia yang sangat tua, iaitu 156 tahun. Beliau dibesarkan di Champa serta mendapat didikan agama daripada datuk dan ayahnya sendiri sebelum dihantar belajar di Patani. Pada tahun 1397, dalam usia 20 tahun, Sunan Ampel telah mengikuti rombongan datuknya, Sayyid Hussein Jamadil Kubro ke Sulawesi. Ikut serta dalam rombongan tersebut ialah ayahnya, Ibrahim Asmarakandi (Ibrahim Asmaro) dan Maulana Ishaq. Bagaimana pun Sunan Ampel meneruskan perjalanannya ke Pulau Jawa dan menuju ke Ampel Denta serta berdakwah di sana. Beliau sering berhubung dengan bapa saudaranya, Sunan Gresik atas urusan dakwah. Setelah Sunan Gresik meninggal dunia pada tahun 1419, Ibrahim Asmarakandi dan Maulana Ishaq telah diminta oleh Sayyid Hussein Jamadil Kubro supaya ke Tanah Jawa meneruskan misi dakwah Sunan Gresik serta membantu Sunan Ampel menyebarkan Islam. 3- Sunan Giri Muhammad Ainul Yaqin bin Makhdum Ishaq juga lebih dikenali sebagai Raden Paku. Beliau dilahirkan di Blambangan pada tahun 1442 dan meninggal dunia pada tahun 1506 dalam usia 64 tahun. Beliau mendapat didikan agama di pesantren (pondok) Sunan Ampel, yang juga bapa saudaranya. Setelah tamat belajar, beliau telah membuka pesantren di Desa Sidomukti sebuah perkampungan berbukit bukau. Bukit di dalam bahasa Jawa adalah giri, dengan itu beliau digelar sebagai Sunan Giri selain Prabu Satmata. 4- Sunan Bonang Maulana Makhdum Ibrahim bin Maulana Ahmad Rahmatullah dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1525 dalam usia 65 tahun. Mendapat didikan agama di pesantren ayahnya, Sunan Ampel di Ampel Denta. Beliau kemudiannya membuka pesantren di Lasem, Jawa Tengah disebuah tempat yang dikenali sebagai Bonang. Beliau telah dilantik sebagai mufti serta panglima pertama Kesultanan Demak. 5- Sunan Kalijaga Nama sebenarnya ialah Raden Said bin Raden Sahur dilahirkan dalam tahun 1450. Bapanya ialah pemerintah (Adipati) Tuban yang juga dikenali sebagai Arya Wilatika. Usianya dikatakan lebih 100 tahun dan masih lagi hidup semasa kelahiran Kerajaan Pajang pada tahun 1546 seta masih aktif merancang pembinaan tamaddun Islam ketika itu. Sahabat serta rakan sepejuangan beliau yang paling rapat ialah Sunan Bonang dan Sunan Gunung Jati. Beliau berdakwah menggunakan kaedah seni tempatan yang diterap nilai Islam bagi menarik perhatian penduduk supaya memeluk agama Islam. Setelah Islam telah difahami sedikit demi sedikit seni dan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam telah dihapuskan beliau. 6- Sunan Gunung Jati Syarif Hidayatullah bin Wan Abdullah Umdatuddin dilahirkan pada tahun 1450 dan meninggal dunia pada tahun 1568 dalam usia 118 tahun. Beliau banyak mengembara ke luar negeri untuk menuntuk ilmu agama. Semasa usianya belasan tahun, belai telah dihantar oleh bapanya ke Patani untuk mempelajari pelbagai cabang ilmu. Kisah Sunan Gunung Jati banyak diputar belit bagi menghapuskan identity sebenar beliau. Ini kerana darah bapa beliau yang masih pekat dan dekat dengan asal usul Wali Songo. Kedua-dua belah pihak ayah dan ibunya memiliki darah Kesultanan, jadi tidak hairanlah beliau adalah satu-satunya anggota Wali Songo yang berdakwah menerusi sistem pemerintahan Kesultanan di Cirebon atau dikenali sebagai Kesultanan Pakungwati. 7- Sunan Drajat Raden Qosim bin Maulana Ahmad Rahmatullah adalah putera Sunan Ampel yang juga adik kepada Sunan Bonang. Beliau dilahirkan pada tahun 1470 dan tahun beliau meninggal serta umurnya tidak diketahui dengan jelas. Beliau belajar agama di pesantren Sunan Ampel. Sebelum membuka pesanteran di Desa Drajat, beliau terlebih dahulu berdakwah di Gresik dan Lamongan. 8- Sunan Kudus Nama aslinya Jaafar Shoddiq bin Utsman Haji. Tiada catatan jelas tahun kelahiran beliau tetapi dikatakan meninggal dunia dalam tahun 1550. Beliau banayk mempelajari ilmu agama dengan Sunan Kalijaga serta meneruskan kaedah yang sama untuk berdakwah. Bapanya Utsman Haji (Sunan Ngudung) adalah Panglima Perang Kesultanan Demak. Setelah bapanya meninggal dunia, Sunan Kudus pula telah dilantik Kesultanan Demak sebagai Panglima Perang. 9- Sunan Muria Raden Prawoto bin Raden Said adalah putera Sunan Kalijaga. Bagaimana pun tiada catatan jelas tentang tarikh kelahiran serta umur beliau. Belajar ilmu agama dengan ayahnya, Sunan Kalijaga serta banyak meniru cara ayahnya berdakwah. Belaiu lebih suka tinggal di desa terpencil untuk berdakwah. Beliau mudah bergaul dengan masyarakat, mengajar bercucuk tanam, berniaga dan menangkap ikan. Selain itu beliau juga sering dirujuk oleh Kesultanan Demak untuk medapatkan nasihat berkaitan pentadbiran dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan. Untuk melihat ilustrasi ke 9 Sunan wali songo ini: http://tabutjawi.blogspot.com/2012/02/salasilah-wali-songo.html * Sama2lah kita menambah ilmu dgn izinNya :)

Isnin, 26 November 2012

JUALAN - TIKAR EVAMATIC


Salam..jom try tikar evamatic..stok baru sampai.bleh pilih-pilih.... Harga RM40.00 ( COD Putrajaya Dengan Sepang ) Harga RM45.00 (termasuk Pos) berminat bleh hubungi saya ditalian 018-2262080 @ 017-3518908

Isnin, 19 November 2012

ARTIKEL - TEMPAT MENARIK - Sungai Paling Jernih Di Dunia!


Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.

ARTIKEL - MEARIK - Kelebihan Janggut Pada Seorang Lelaki


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah : · Menampakkan kelelakian · Kelihatan lebih ‘macho’ · Lebih hensem dan berkarisma · Nampak soleh · Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati · Lebih diminati wanita · Mempunyai manfaat kesihatan · Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya. Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti : “Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari) “Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) “Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim) Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

ARTIKEL - MENARIK - Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?


Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman. Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi! Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin. Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan. Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT. Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya. Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam. Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata. Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia. Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”. Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal 1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam. 2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun. 3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini. 4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”. Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal. Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal? Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.
Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal. Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

ARTIKEL - MENARIK - Bagaimana Kentang Goreng McDonald’s Dihasilkan


Baru-baru ini McDonald’s telah mendedahkan bagaimana ubi kentang dari ladang mereka diproses untuk dijadikan kentang goreng seperti yang terdapat di rangkaian restoran makanan segera mereka. Rakaman video yang menunjukkan proses penghasilan kentang goreng yang enak itu bertujuan untuk menangkis tohmahan negatif tentang penghasilannya yang didakwa kotor dan tidak mengikut piawai makanan segera antarabangsa. Biar gambar berbicara : )

ARTIKEL - MENARIK - 5 Ciptaan Manusia Yang Pelik Tapi Hebat


1.THE MILLAU VIADUCT Merupakan jambatan yang tertinggi dunia, jambatan ini menghubungkan antara Perancis dan Barcelona.
2.Tempat parking konsep baru di negara Jerman
3.Halte Bus Ber-AC pertama di dunia, di negara Dubai
4.Lift tercepat di dunia telah dipasang di Taipei 101 ( bangunan tertinggi di dunia ), lift nya boleh naik dari tingkat 5 menuju tingkat 89 dalam 39saat
5.Restoran bawah laut yg oleh di lihat melalui permandangan dari dalam, telah dibuka di New Zealand

ARTIKEL - MENARIK - Subhanallah! Laut Hilang Di Sempadan Uzbekistan Dan Kazakhstan


Laut Aral “menghilang” kerana bencana (perairannya menyusut sehingga 80 peratus sejak. 1960-an
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya