Iklan

Isnin, 28 Disember 2015

ARTIKEL - TEMPAT MAKAN BEST -MINUM PETANG & MAKAN MALAM- SUNGAI PETANI - ROJAK TONGGEK SP

HAAA...KALAU HANGPA NAK MINUM PETANG KA BELAH MALAM TAKMAU MAKAN NASIK..MAI PEKENA ROJAK TONGGEK SP....
ALAMAT:
JALAN BAKAR ARANG
BERHADAPAN KLINIK KHOO
SEBELUM SEKOLAH MENENGAH CHE TOM
SUNGAI PETANI
WAKTU BUKAK :12.00 TGHARI SAMPAI 10.00 MALAM


ARTIKEL - TEMPAT MAKAN BEST -MAKAN TENGAHARI - BEDONG - NASI KANDAR ZUBAIDAH

HAAAA....MAI2 PEKENA NASI KANDAQ AREA BEDONG NI..DENGAQ KATA DULU TOKEY DIA JUAI MURTABAK SAJA..LA NI DAH ADA KEDAI..TOKEY MASAK SENDIRI LAUK PAUK NI..MAI LA TRY....
ALAMAT:
NASI KANDAR ZUBAIDAH
LOKASI TAMAN SELESA,BEDONG,KEDAH

ARTIKEL - TEMPAT MAKAN BEST -SARAPAN PAGI- POKOK SENA-ROTI CANAI BANJEROO

TUDIAAAA....TUDIAAA.....HANGPA NAK MENYOROK APA PAGI2 NI..JOM TRY PI PEKENA ROTI CANAI BANJEROOO...
ALAMAT DIA :
AREA POKOK SENA @ JABI
KEDAI HADAPAN JERAT CINA BERTENTANG DENGAN JALAN
SEBELAH KEDAI  TAYAR
BUKA PETANG
#SEDAPBAQHANG

ARTIKEL - TEMPAT MAKAN BEST -MAKAN MALAM- ALOR STAR - KUEYTEOW IMAN


ASALAM.....HANGPA SEMUA KALAU MAI ALOQ STAQ (LOQ STAQ ) TAK PEKENA KUEYTEOW IMAN NI MEMANG NI RUGI LAAA...SEDAP WOOO....

LOKASI:
JALAN SULTANAH,JALAN NAK PI SHAHAB PERDANA,SEBELUM TRAFIK LIGHT SIMPANG 4,HANGPA TENGOK SEBELAH KANAN KEDAI DIA 

#TERANGKAT BAQ HANG....

ARTIKEL - TEMPAT MAKAN BEST - ALOR STAR - MEE KAMAL


ASALAM...HAAA....NAK MAKAN MEE GORENG SEDAP NGAN MEE REBUS (ORANG KEDAH PANGGEY MEE REBUIH) BLEH PI KEDAI MEE KAMAL NI

ALAMAT :
JALAN NAK PI ANAK BUKIT,SELEPAS ISTANA ANAK BUKIT SEBELAH KIRI KEDAI DIA...

#SEDAP BAQ HANG....

ARTIKEL - TEMPAT MAKAN BEST - ALOR STAR - KARI KEPALA IKAN



KARI KEPALA IKAN
TERBAIK ALOQ STAQ
ALAMAT:
ORKID TROPIKA CAFÉ
Block DG-8A, Taman Setia Jaya, 
05460 Alor Star, Kedah Darul Aman
Tues - Sat (12pm-3pm), (5pm-10pm)
Sun (12pm - 3pm)
Close on Monday



Isnin, 2 Februari 2015

ARTIKEL - SEJARAH - KEDAH - PENGASAS MAKTAB MAHMUD

Pengasas Maktab Mahmud

Riwayat Hidup Al-Marhum DYMM Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Tunku Ahmad Tajuddin Al-Mukarram Shah 
( Pengasas Maktab Mahmud )


Al-Marhum DYMM Tunku Mahmud, putera bongsu kepada DYMM Sultan Ahmad Tajuddin dan ayahanda saudara kepada DYMM Sultan Badlishah. Paduka bondanya ialah Wan Ajar atau lebih terkenal dengan nama Wan Besar. Diputerakan pada tanggal 27 Rabiulawal 1293 H, di Alor Setar, Kedah. Paduka ayahandanya mangkat ketika Al-Marhum berusia 6 tahun. kemudian baginda dipelihara pula oleh saudaranya Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Semasa usianya meningkat 14 tahun, Al-Marhum telah dihantar ke Bangkok untuk mempelajari bahasa Siam. Selepas 3 tahun Al-Marhum kembali ke Kedah dan mempelajari pelajaran agama daripada ulamak-ulamak yang terkenal pada masa itu sehingga sampai kepada masa kedua-dua Sheikhul Islam iaitu Sheikh Muhammad Taib dan Haji Wan Sulaiman.
Sebelum tahun 1325 H., Al-Marhum memegang jawatan Inspektor General Police Kedah. Disebabkan mempunyai kelayakan, Al-Marhum kemudiannya dilantik menjadi President State Council Negeri Kedah pada 24 Januari 1907 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1325 H. Al-Marhum pernah melawat ke England pada tahun 1911 M/1011 H bersama saudaranya Sultan Abdul Hamid kerana menyaksikan istiadat pertabalan King George V. Selain itu, Al-Marhum pernah melawat Mesir, Palestin, Khourtum ( ibu Negara Sudan ), dan beberapa kawasan lain di Benua Afrika. Pada tahun 1924, Al-Marhum telah dikurniakan pingat C.M.G. daripada pihak British. Al-Marhum dilantik menjadi Regent selepas mangkatnya Al-Marhum YTM Tunku Ibrahim putera sulong kepada Sultan Abdul Hamid yang meninggal dunia pada 1 Ramadhan 1356 Hijrah.
Sebagai salah seorang pencinta agama, maka Al-Marhum sangat berusaha memberi pelajaran agama kepada anak-anak negeri, memajukan agama Islam, bersama-sama dengan Haji Wan Sulaiman bin Sidek. Hasil daripada pengorbanan Al-Marhum untuk menyebarkan agama Islam, maka Al-Marhum telah berusaha mendirikan sebuah sekolah agama iaitu Al-Maahad Al-Mahmud pada 1355 Hijriah. Baginda juga merupakan orang yang berperanan penting dalam penubuhan Masjid Zahir di Alor Setar yang telah didirikan hasil daripada pungutan wang zakat fitrah.
Selain itu, banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kebajikan Islam telah dikendalikan Al-Marhum semasa hidupnya. Baginda telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Ramadhan 1355 Hijriah bersamaan 5 November 1937.
- Sumber daripada Majalah ILHAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya