Iklan

Isnin, 28 Mac 2011

Dadah ..oh dada....

Pengenalan Dadah:

PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa masalah penagihan dadah sedang mengancam kehidupan manusia khasnya masyarakat di negara ini. Masalah ini juga terdapat di negara-negara lain. Sesungguhnya masalah ini mendatangkan kesan yang buruk kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara.

Istilah dadah adalah sukar untuk diberi takrifan yang tepat dan seragam kerana penggunaannya yang unik dan istilah ini digunakan khusus di Malaysia sahaja. Tetapi ada juga yang mengistilahkan dadah sebagai bahan kimia samada yang asli atau tiruan apabila disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau kelakuan seseorang. Dadah merangkumi beberapa aspek seperti tujuan, cara dan kesan penggunaan atau penagihan.

Sebenarnya penggunaan istilah ‘drug’ diperingkat antarabangsa mempunyai takrifan yang neutral, luas dan umum. Istilah ini perlu digunakan bersama istilah ‘use’, ‘misuse’ dan ‘abuse’ untuk menggambarkan keadaan yang berbeza-beza. Berbanding dengan istilah dadah yang mempunyai takrif yang lebih khusus walaupun kompleks, kerana istilah ini menggambarkan sesuatu yang jijik dan mesti dijauhi.

Istilah dadah boleh ditakrifkan mengikut 4 keadaan penggunaan iaitu penggunaan secara umum, penggunaan bahan untuk tujuan perubatan, penggunaan bahan kimia psikoaktif yang menagihkan dan penggunaan yang membawa kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial. Penggunaan dadah secara umumnya boleh mendatangkan kesan yang positif jika diambil dalam dos yang betul tetapi ia akan mendatangkan kesan yang negatif jika diambil dalam dos yang berlebihan.

1. PENGGUNAAN SECARA UMUM :

Dadah ditakrifkan secara paling umum sebagai bahan atau campuran bahan yang mana penggunaaannya boleh menyebabkan perubahan-perubahan dalam fungsi atau struktur fisiologi organisme atau manusia. Oleh sebab itu, di sini takrif ‘dadah’ dari bahan-bahan seperti makanan, air, oksigen dan sebagainya dalam jumlah yang diperlukan untuk menyegarkan kesihatan dan kehidupan manusia.

2. PENGGUNAAN UNTUK BUKAN TUJUAN PERUBATAN :

Di sini istilah ‘dadah’ merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya adalah dilarang. Oleh sebab itu, jika sesuatu bahan digunakan untuk tujuan mengesan, mencegah dan merawat penyakit, istilah ‘ubat’ digunakan walaupun diketahui bahawa setengah-setengah jenis bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan mungkin disalahgunakan. Sehubungan dengan ini ‘dadah’ selalunya terdiri daripada bahan-bahan yang termasuk di bawah kawalan undang-undang..

3) PENGGUNAAN BAHAN KIMIA PSIKOAKTIF YANG MENAGIHKAN :

Takrif dadah dalam penggunaan ini merujuk kepada fungsi atau sistem tubuh yang dipengaruhi oleh ‘dadah’. Dadah merujuk kepada setengah jenis bahan kimia psikoaktif iaitu bahan-bahan yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang untuk mengubah perasaan kelakuan dan pemikiran. Pada hakikatnya tidak semua bahan kimia psikoaktif diistilahkan ‘dadah’ kerana hanya bahan kimia psikoaktif tertentu sahaja yang menimbulkan ciri-ciri ketagihan iaitu penggunaan pada diri sendiri samada ditekan, dihidu, dikunyah, dihisap atau disuntik, pergantungan terhadap dadah secara psikik atau fisikal serta gejala-gejala tarikan apabila terputus bekalan dadah dan peningkatan daya tahan terhadap setengah-setengah jenis dadah.

4) PENGGUNAAN YANG MEMBAWA KESAN BURUK KE ATAS

KESIHATAN DAN FUNGSI SOSIAL :

Takrif ‘dadah’ dalam keadaan ini ialah menentukan bahawa ia merujuk kepada

bahan-bahan yang membawa kesan yang buruk atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang individu.

2) JENIS – JENIS DADAH

Pada amnya dadah dapat dibahagikan kepada empat jenis atau kumpulan yang mudah disalahgunakan ;

1. Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein.

2. Kanabis - ganja, hashish.

3. Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer.

4. Stimulan - jenis amfetamin dan kokain.

5. Halusinogen- Lysergic acid diethylamide (LSD), meskalin dan psilosibin.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

emmm.. betoi ke ni..?

InSaN^BiAsA berkata...

ya..betoi kenapa?

Tanpa Nama berkata...

mcm tpu jer semua ni...
awak keja bahagian dadah ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya