Iklan

Khamis, 18 Oktober 2012

SEJARAH - Rohr Aerotrain : Keretapi Hoverkraf Yang Dilupakan


Sekitar tahun 1970 kerajaan Amerika memjalankan projek pembangunan sistem pengangkutan awam untuk masa hadapan. Antara konsep pengangkutan awam yang cuba dibangunkan ialah Urban Tracked Air Cushion Vehicle (UTACV - kenderaan kusyen udara urban berlandasan). UTACV ialah kenderaan yang menggabungkan teknologi hoverkraf dan keretapi. Kenderaan ini terapung di atas kusyen udara ketika beroperasi. Kewujudan kusyen udara ini menggurangkan pergeseran antara kenderaan dan trek membenarkannya bergerak pada kelajuan yang tinggi. UTACV ini dibina oleh syarikat Rohr Industries dan diberikan gelaran Rohr Aerotrain. Protatip ini sepanjang 20.8 meter dan mempunyai berat 20.8 tan. Ketika sesi ujian Rohr Aerotrain mampu mencapai kelajuan 240 kilometer sejam. Pada tahun 1975 projek ini dibatalkan kerana kos yang tinggi serta kurang praktikal. Kajian mendapati adalah lebih murah untuk menggunakan keretapi biasa dari Aerotrain yang futuristik. Permasalahan lain ialah Aerotrain sangat bising apabila beroperasi dan angin yang ditiup bagi mengapungnya menyukarkan penumpang untuk menaikinya di platform.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya