Iklan

Rabu, 2 Mac 2011

Macam Macam Laaa....

Lady Gaga cipta kejutan terbaru


SALAH satu aksi Lady Gaga dalam klip video Born This Way.


NEW YORK - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga mencipta satu lagi kejutan apabila dia muncul dalam klip video terbarunya, Born This Way, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Dalam klip video itu, Lady Gaga menjadi seorang ibu yang melahirkan makhluk asing.

Detik-detik penyanyi tersebut melahirkan makhluk asing itu disiarkan dalam klip tersebut yang menunjukkan dua wanita membantunya bersalin.

Penyanyi itu membuat aksi yang kurang manis apabila dia menunjukan detik-detik semasa mahu melahirkan anak tersebut.

Dalam klip video tersebut, dia muncul dengan mekap seperti makhluk asing selain memakai seluar dalam dan coli semasa menari.

Lagu Born This Way muncul sebagai lagu paling laris di laman muzik dalam talian, iTunes di seluruh dunia.

Lebih satu juta lagu itu dimuat turun dalam tempoh lima hari baru-baru ini.- Agensi

Ini Tak Kena...Itu Tak Kena ..Ini Yang Kena...(^_^)

Kareena wanita paling seksi


KAREENA KAPOOR


MASIH terkejut, pelakon jelita Kareena Kapoor sekali lagi tidak menduga apabila namanya ditempatkan di tangga teratas sebagai Wanita Bollywood Terseksi.

Pengiktirafan itu telah diumumkan menerusi majalah tersohor Bollywood iaitu Stardust. Paparan majalah edisi bulan Mac itu memaparkan 10 wanita seksi yang berkecimpung dalam industri filem.

Selain Kareena, aktres Kaif, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra turut tersenarai.

Muka depan majalah tersebut memaparkan penampilan Kareena yang kelihatan sungguh seksi dan glamor dengan dibaluti gaun berwarna merah.

Sumber:Akhbar Tempatan.

Saman Oh Saman....

17.3j saman trafik disenarai hitam


ABDUL Aziz Yusof pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Mac - Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai hari ini.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir semalam.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jumlah itu adalah baki daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan sejak 2001 sehingga semalam.

Menurutnya, daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun itu, sebanyak 31.9 juta saman dibayar oleh pengguna kenderaan sehingga semalam.

"Pengguna kenderaan yang belum menjelaskan saman tertunggak bagi semua kesalahan, mereka akan disenarai hitam bermula hari ini.

"Pengguna yang enggan membayar saman tertunggak selepas tarikh semalam perlu bersedia menerima implikasi jika disenarai hitam.

"Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh kerajaan kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggak mereka masing-masing sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Menurut Abdul Aziz, sepanjang tempoh pembayaran saman yang diumumkan kerajaan sejak Ogos lalu, sebanyak 5.5 juta saman dijelaskan oleh pengguna kenderaan.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah 1.5 juta saman diselesaikan pada minggu terakhir tempoh tersebut iaitu sepanjang minggu lalu mulai 21 Februari sehingga tengah malam tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya membuat anggaran sebanyak 187,417 saman dijelaskan sehari dalam seminggu sebelum tempoh itu tamat.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan enam kali ganda daripada hari pembayaran biasa.

"Semalam sahaja, sebanyak 375,248 saman berjaya dijelaskan sehingga pukul 12 tengah malam berikutan tarikh terakhir pembayaran sebelum tempoh menyenarai hitam dilaksanakan.

"Situasi ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang gemar menyelesaikan saman mereka pada saat-saat akhir," katanya.

Ditanya mengenai pesalah trafik yang disenarai hitam, Abdul Aziz berkata, mereka akan menghadapi kesukaran antaranya untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.

Beliau juga berkata, berkuat kuasa hari ini, orang awam yang dikenakan saman baru akan disenarai hitam jika gagal membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan.

"Ia akan berlaku secara automatik dalam sistem jadi bila disenarai hitam, seseorang itu tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka," katanya.

Mengenai aduan orang ramai yang sukar membayar saman berikutan sistem tergendala semalam, beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada penggunaan yang terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh sistem.

Kebesaran Illahi...(Masyaallah...)

Kimberley Big Hole – South Africa



Kimberley bermula sebagai sebuah bandar yang dipanggil “New Rush” dan diganti namanya Kimberley pada 5 Jun 1873. Lubang sedalam 1097 meter ini terjadi apabila digali manusia sendiri dan telah menghasilkan lebih 3 tan berlian sebelum ditutup pada 1914. Tiga daripada sisa lubang; Toitspan Du, Wesselton, dan Bultfontein juga ditutup pada tahun 2005.

2. Great Blue Hole , Belize


The Great Blue Hole adalah lubang pembuangan air yang besar di luar pantai Belize, sebuah negara di Amerika Tengah. Lubang ini dibentuk sebagai sistem gua kapur selama zaman ais terakhir ketika permukaan laut jauh lebih rendah.

Terdapat banyak lubang biru di dunia tetapi tidak dapat menandingi kehebatan lubang biru yang satu ini. Ia telah pun menjadi Tapak Warisan Dunia United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).


3. Bingham Canyon Mine, Utah


The Bingham Canyon Mine, juga dikenali sebagai Kennecott Copper Mine dimiliki oleh Rio Tinto Group, sebuah syarikat perlombongan antarabangsa yang berpusat di United Kingdom. Galian telah beroperasi sejak 1863 sehingga hari ini dan telah mengakibatkan terciptanya sebuah lubang yang merangkumi 1.900 hektar (7,7 km ²).

Bingham Canyon Mine penggalian buatan manusia yang terbesar di dunia. Ini telah diakui oleh National Historic Landmark pada tahun 1966 di bawah nama Bingham Canyon Open Pit Copper Mine.


4. Sinkhole in Guatemala

Pada 23 Februari 2007, sebuah lubang sedalam 330 kaki telah terbentuk dan mengakibatkan ianya menelan 12 rumah dan 3 orang terkorban. Lubang ini menyebabkan bau busuk. Pihak berkuasa menyalahkan lubang pembuangan di aliran kumbahan bawah tanah pecah.


5. Sarisariñama Plateau


Lubang ini pertama kali dilihat dan dijelajahi pada tahun 1974. Ia terletak di Jaua-Sarisariñama, Taman Negara di Venezuela. Ia dikatakan masih menjadi misteri geologi.


6. Glory Hole – Monticello Dam, California


Terletak di Monticello Dam di Tasik Berryessa, California Utara, lubang raksasa ini bertindak sebagai injap tasik. Empangan dan injap ini dibina diantara tahun 1953 dan 1957. Ia mampu menelan 48.400 kaki padu per saat (1370 m³ / s) dan jarak daripada saluran ke titik pintu keluar adalah sekitar 700 meter. Jenis injap pada asalnya adalah saluran konkrit gergasi. Lubang diameter terbesar adalah 72 meter dan mengecil sekitar 28 meter.


7. Diavik Mine, Canada

Diavik Diamond Mine adalah lombong berlian di Daerah Utara Northwest Territories, Kanada, sekitar 300 kilometer (186 batu) utara Yellowknife. Ia telah menjadi bahagian penting untuk ekonomi daerah sehingga mampu menggajikan 700 perkerja dan dan menghasilkan 8 juta carats (1600 kg) berlian setiap tahun. Tapak galian ini dimiliki oleh perusahaan antara Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond Mines Inc, anak syarikat Rio Tinto Group. Usia lombong ini dianggarkan 16-22 tahun.


8. Mirny Diamond Mine, Siberia

Lubang buatan manusia kedua terbesar di dunia ini adalah sebuah lombong berlian yang terletak di pinggiran Mirny, sebuah bandar kecil di Siberia timur. Galian ditemui pada 13 Jun 1955 oleh ahli geologi Soviet Yuri Khabardin, Ekaterina Elagina dan Viktor Avdeenko semasa Ekspedisi Amakinsky. Galian adalah 525 meter (1.720 kaki) dalam dan mempunyai diameter 1.200 m (3,900 ft). Ruangan udara di atas lombong ditutup untuk helikopter kerana beberapa kejadian di mana mereka telah disedut oleh aliran udara ke bawah.


9. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan

Derweze daerah yang kaya akan gas asli. Mengikut sejarah, ahli geologi pada tahun 1971 secara tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan sumber gas asli. Malangnya tanah di bawah mengalami runtuhan dan meninggalkan lubang besar dengan diameter sekitar 50-100 meter. Untuk mengelakkan pembuangan gas beracun, maka diputuskan untuk membakar gas yang keluar. Geologis itu berharap api akan keluar dalam beberapa hari tetapi gas terus membakar selepas itu. Ada beberapa tempat di seluruh dunia yang penduduk percaya adalah pintu ke neraka.

Khamis, 23 Disember 2010

Sejarah Selangor

Assalamualaikum w.b.t.apa kbahar semua.Bersua lagi kita pada kali ini.Hari ni kita akan berkongsi sejarah negeri Selangor Darul Ehsan pula.

Sejarah Selangor

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir serta Perang Kelang ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.

Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya