Iklan

Rabu, 6 Julai 2011

Tawau Oh Tawau....Tunggu Nanti GUA Datang....yehaaa...

Tawau (Jawi: ﺗﺎواو) merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau.

Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Τidung dan Suluk sebelum tahun 1890 (sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan serta penempatan masyarakat Bajau di Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.

Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.

Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Indonesia pada masa tersebut tidak, disebabkan Tawau berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda.

Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.

Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.

Hak dan keistimewaan masyarakat Melayu tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Penghulu atau OKK sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau ini untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak British. Penghulu pertama yang dilantik pada tahun 1900-an ialah OKK Kee Abdullah. Selain itu, Pada tahun 1950an, Penghulu OKK Abu Bakar (anak OKK Kee Abdullah) telah dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di daerah Tawau ini.

Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) pada tahun 1945 yang diasaskan oleh Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu ini, telah menyatukan masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli-ahli persatuan inilah yang bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa Datu Harun melalui USNO, menuntut kemerdekaan bagi negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau (PIT) yang dipengerusi oleh Haji Abdul Karim Haji Drahman dan dibantu oleh Datuk Kassim Kamidin pada tahun 1956 telah mendorong penubuhan USIA yang menjamin keutuhan syiar Islam di seluruh Sabah.

Geografi

Daerah Tawau meliputi kawasan seluas 6,125 km persegi atau 612,506 hektar. Ia berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan.

Tawau mempunyai 10 mukim dan 81 kampung yang terhimpun dalam dua kawasan parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN). Parlimen Tawau mengandungi DUN Sri Tanjung, Apas dan Balung sementara Parlimen Kalabakan mengandungi Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik. Dahulunya ia terkandung dalam satu kawasan parlimen dengan empat kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Balung, Merotai, Sri Tanjung dan Kalabakan.


Keistimewaan Tawau

Tawau mendapat jolokan sebagai ' Bumi Peladang '. Ini kerana sebahagian besar muka buminya kini adalah kawasan perladangan. Dahulu ketika awal kewujudan Tawau ketika zaman pemerintahan British iaitu sebelum era kemerdekaan, kawasan Tawau dipenuhi dengan ladang kelapa ( kopra ), getah dan pisang lanut ( abaka ), kini wajah Tawau sudah berubah wajah dengan pokok-pokok kelapa sawit yang terbentang luas jika dilihat dari atas muka bumi dan sebahagian kecilnya masih ditanam dengan tanaman koko yang dulunya juga pernah menjadi identiti daerah Tawau. Sebahagian besar ladang-ladang kelapa sawit ini adalah dimiliki Sime Darby Corporation, Sabah Softwood Sdn Bhd dan Borneo Samudera ( Sawit ) Sdn Bhd.

Selain itu, Tawau juga boleh dikatakan sebagai 'Syurga Pendatang' kerana di sinilah ratusan ribu rakyat Indonesia dan rakyat Filipina yang teramai di Malaysia, datang bekerja secara sah dan menggunakan pasport untuk mencari rezeki yang halal dan menjanjikan pendapatan yang lebih baik berbanding di negara mereka. Kehadiran mereka adalah terkawal namun kewujudan mereka dengan jumlah terlalu ramai dan luar biasa memberikan satu fenomena yang menarik dan menjadi identiti Bandar Tawau yang sangat dibanggakan. Di Tawau ini, anda boleh melihat di mana-mana saja, rakyat Indonesia dan rakyat Filipina berada dan berjalan bebas seperti rakyat tempatan asalkan ada dokumen perjalanan yang sah. Fenomena seperti ini yang jarang ada di tempat lain. Setiap hari juga di jeti pendaratan berdekatan pelabuhan Tawau , ribuan rakyat Indonesia dan Filipina berulang alik untuk datang dan pergi ke kampung halaman mereka di Tanah Bugis, Sulawesi selatan ( Pelabuhan Pare-pare ) atau Kepulauan Sulu dan Tanah Mindanao ( Zamboanga City ) di Filipina. Satu pemandangan yang cantik dan sangat luar biasa.

Tawau juga mempunyai banyak keistimewaan lain seperti hutan semulajadinya yang merupakan kategori hutan tertua di dunia. Maliau Basin dan lembah Danum telah diakui sebagai khazanah hutan yang sangat berharga di dunia. Di Tawau adanya Hutan Simpan Bukit Gemuk yang begitu cantik pemandangannya jika dilihat dari jauh. Begitu juga Taman Negara Bukit Tawau atau juga dikenali sebagai Kawasan Peranginan 'Table'. Tempat ini menjadi kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan hutan rimba dan kedamaian deruan air terjun dan jeram yang mempesona. Di Taman Bukit tawau ini juga disediakan kemudahan hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini. Selain itu, di sini juga disediakan kawasan untuk mereka yang suka mengadakan aktiviti perkhemahan. Mengikut maklumat pihak Pengurusan Taman Bukit Tawau ini, terdapat juga sebuah pokok tertua yang dikatakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara berdekatan taman peranginan ini. Pokok ini adalah daripada jenis pokok Tualang atau di Sabah ia lebih dikenali sebagai Pokok Menggaris.

Selain itu ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Tawau ini. Antaranya ialah Tawau Cocoa Village, Shan Shui Golf & Country Club dan Balung River Eco Park dan beberapa lagi tempat menarik yang sedang dalam proses pengubahsuaian seperti Kolam Air Panas Semulajadi di Taman HotSpring dan Ranggu Holiday Valley di Batu 10. Tawau juga kini dilengkapi dengan banyak kemudahan rekreasi dan tempat beriadah seperti Taman Awam Muhibbah yang menjadi kunjungan para warga Tawau untuk melepas lelah pada hujung minggu. Taman ini yang telah diubahsuai menjadi lebih cantik dan menarik dengan tasik mini buatan, laluan trek berjogging yang panjang di sebalik kehijauan fauna yang menyegarkan, taman permainan kanak kanak, gimnasium rakyat, pasar mini buah-buahan FAMA, kemudahan surau dan tandas serta kemudahan ruang letak kereta yang luas untuk para pengunjung yang datang.

Namun yang lebih menggembirakan untuk warga Tawau ialah dengan terbinanya Kompleks Sukan Tawau, sebuah kompleks sukan berkonsepkan kemudahan in infrasturktur termoden dan serba lengkap di Tawau. Hampir semua kemudahan untuk segala jenis sukan ada di sini. Dari stadium untuk perlawanan bola sepak Piala Malaysia hinggalah ke dewan perlawanan bola sepak futsal. Ini termasuk jugalah kemudahan sukan untuk gelanggang seperti tenis, badminton, bola keranjang dan sebagainya. Yang lebih menarik di dalam kompleks sukan ini juga dibina sebuah tasik indah yang luas dengan kemudahan untuk bersiar-siar, berjogging dan bersenam di sekelilingnya. Selain itu, kompleks sukan ini juga menyediakan kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan.

Untuk mereka yang suka mencari ketenangan dengan berehat sambil membaca atau menambah ilmu pengetahuan, Perpustakaan Awam Negeri Sabah Cawangan Tawau mampu memberikan anda kemudahan yang diharapkan. Bangunan Perpustakaan Awam di Tawau ini adalah perpustakaan yang terbesar di negeri Sabah. Turut dilengkapi dengan dewan auditorium moden dan lengkap yang selalu menjadi lokasi pelbagai aktiviti dari akitiviti untuk kegiatan untuk pelajar sekolah hinggalah kepada aktiviti persatuan serta akvitivi badan-badan kerajaan. Di dalam bangunan perpustakaan yang luas ini dilengkapi dengan banyak ruang untuk pelbagai kemudahan. Dari ruang santai untuk membaca akhbar dan majalah, ruang tontonan video dan audio, ruang untuk kanak-kanak, ruang membaca umum untuk dewasa, ruang untuk buku-buku rujukan, ruangan arkib lama, ruang kemudahan komputer dan internet, kemudahan fotostat, ruang pameran hinggalah kepada Galeri Sejarah Tawau dan Malaysia, semuanya sedia menunggu kehadiran untuk sesiapa yang datang mengunjungi.

Di Tawau ini tidak kurang juga terdapat mercu tanda yang boleh dilihat dan menjadi tarikan kepada pada pengunjung luar untuk dilawati. Antaranya Masjid Berkubah Hijau atau dikenali sebagai ' Masjid Al Kausthar ' yang dikatakan adalah masjid terbesar di negeri Sabah. Mula dibina pada tahun 1997 dan telah siap pada 2002 dengan kos yang menelan belanja hampir 32 juta dan kini merupakan mercu tanda kebanggaan umat Islam di seluruh daerah Tawau ini. Masjid ini pernah menjadi kunjungan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mengikuti Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat Tawau pada tahun 2006. Masjid-masjid lain yang terdapat di Tawau ialah Masjid Raya yang dibina pada tahun 1972 di tapak masjid lama yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Wilis dan sebuah masjid lama yang terletak di tengah bandar Tawau iaitu Masjid Bandar yang dibina pada tahun 1960.

Selain itu, Tawau juga boleh berbangga kerana memiliki sebuah bangunan pasar terbuka yang dikatakan adalah antara pasar yang terbesar di Malaysia. Bangunan Pasar Mega yang dikenali sebagai ' Pasar Tanjung ' ini adalah pusat penjualan untuk segala macam keperluan untuk masyarakat Tawau dari jualan sayur-sayuran, buah-buahan hinggalah jualan aneka keropok, ikan masin, rempah ratus dan bermacam lagi, semuanya boleh didapati di sini. Pasar ini adalah bangunan 4 tingkat yang dilengkapi dengan ruang makan di tingkat 2 dan di tingkat 4. Ruang makan di tingkat paling atas ini adalah sangat menarik kerana anda boleh melihat panorama seluruh bandar Tawau serta keindahan laut yang membiru dengan pelbagai kapal yang berulang alik di pelabuhan Tawau. Selain itu, kemudahan surau dan tandas juga disediakan.

Di Tawau ini, para pengunjung dari luar tidak akan berpuas hati dengan pulang jika tidak membawa balik buah tangan. Central Market Tawau atau lebih dikenali sebagai 'Pasar Gantung' adalah pilihan untuk mendapatkan barang-barangan perhiasan dan kraftangan sama ada perhiasan dari mutiara atau kraftangan dari siput-siput laut dari daerah Semporna atau juga pelbagai lagi barangan daripada rotan, kayu jati, buluh yang cantik-cantik dan unik buatan tangan dari Filipina dan Indonesia. Semuanya boleh didapati di sini dengan harga yang murah-murah dan menarik. Sekiranya anda ingin membeli belah barang keperluan rumah dalam suasana santai dan tenang tanpa kesibukan terlalu ramai orang dan tanpa kesukaran untuk meletak kereta, anda boleh mengunjungi Pasaraya Hypermarket Giant yang terletak 3 km dari bandar Tawau. Ruang membeli-belah yang sangat luas dengan pelbagai ruang-ruang kedai yang semuanya berada dalam satu tingkat sahaja tanpa perlu naik dan turun tangga selain kemudahan letak kereta yang sangat luas. Turut disediakan surau, tandas dan kemudahan perbankan mesin ATM pelbagai pilihan bank.

Pada setiap hari Minggu atau Ahad, para warga Tawau atau pengunjung dari luar boleh mengunjung Tamu atau pasar minggu di Takada atau Simpang 4 Jalan Apas. Begitu banyak barangan sama ada makanan, buah-buahan dan sayuran segar, kraftangan, haiwan belaan terdapat dan dijual di sana. Di Tawau ini juga amat terkenal dengan restoran makanan lautnya dan anda boleh menjamu selera anda dengan mudah dengan begitu banyak restoran seperti ini berhampiran dengan pantai di bandar Tawau. Kalau ingin menginap di Tawau untuk beberapa hari, begitu banyak hotel dari yang bertaraf 5 bintang hingga ke rumah penginapan yang berbajet rendah. Hotel Promenade yang terletak di Kompleks Eastern Plaza, Hotel Belfont Marco Polo dan Hotel Emas antara yang boleh menjadi pilihan anda. Selain menginap di hotel ini, anda juga boleh menikmati jamuan yang lazat sama ada secara 'Buffet' atau 'Ala Carte' atau juga menikmati makanan 'steamboat' yang menyelerakan.

Makanan di Tawau juga ada yang istimewa dan mungkin sukar diperolehi di tempat lain. Misalnya ' Nasi Kuning ' yang merupaka sarapan rasmi bagi orang-orang Melayu di Tawau sama seperti Nasi Lemak yang merupakan makanan sarapan popular di Semenanjung Malaysia. Selain itu, di sini terdapat juga ' Keropok Amplang ' yang merupakan kudapan istimewa di Tawau yang kebiasaannya menjadi oleh-oleh yang perlu dibawa balik kepada sesiapa yang datang mengunjungi Tawau. Sebenarnya ada banyak lagi makanan istimewa yang boleh diperolehi Tawau bagi yang ingin cuba mendapatkannya. Makanan Tradisi Melayu Tawau seperti sate, ikan bakar, sayap ayam bakar, pecal (gado-gado), soto banjar,cendol dan pelbagai jenis kuih muih seperti kuih Terang Bulan (apam balik), penyaram, baulu, wajik dan pais pisang, pais upi dan sebagainya. Makanan citarasa Indonesia juga amat mudah diperolehi di Tawau ini. Bakso, nasi lalap ( ulam ),murtabak jawa dan pisang pepek, semuanya menanti untuk dinikmati. Keunikan Tawau

Ramai yang tidak tahu sebenarnya penduduk tempatan ( natives ) Tawau adalah terdiri daripada Orang-Orang Melayu. Kewujudan orang Melayu di Tawau sebagai penduduk peribumi ( natives ) telah diiktiraf sejak dahulu semasa Kerajaan British lagi. Pengiktirafan ini turut dibuktikan dengan kewujudan Mahkamah Anak Negeri ( Natives Court ) bermula tahun 1920 yang dianggotai antaranya 3 pemimpin Melayu iaitu Imam Mustapa, Habib Sheikh dan OKK Abdullah bersama pembantu-pembantu mereka. Hari ini, Mahkamah Anak Negeri dipengerusikan oleh OKK Ayub bin OKK Abu Bakar sebagai Ketua Anak Negeri yang menggantikan OKK Said Salabbi pada tahun 2000. Sebelum itu, jawatan Penghulu atau Ketua Anak Negeri pernah dipegang oleh beberapa orang di kalangan anak jati tempatan Melayu peribumi seperti OKK Abu Bakar, OKK Jainal, OKK Ahmad Kreah dan OKK Ismail Ahim.

Orang-orang Melayu ini sebenarnya gabungan masyarakat Melayu daripada pelbagai suku keturunan Melayu yang terangkum melalui hasil perkahwinan dan asimilasi berteraskan ikatan amalan agama Islam dan pertuturan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu Loghat Tawau selama ratusan tahun lagi. Mereka juga telah lama hidup bersama sejak zaman pemerintahan British dan zaman pendudukan tentera Jepun sehinggalah Sabah merdeka bersama Malaysia. Dari segi sejarahnya pula, mereka adalah orang-orang Melayu yang pernah bersatu di bawah payung Persatuan kebangsaan Sabah Bersatu ( USNO ) untuk menuntut kemerdekaan Sabah bersama Malaysia. Pemimpin orang-orang Melayu Tawau yang pernah berjasa ialah Habib Sheikh (1912), Imam Mustapa (1925), Habib Hussein ( 1932 ), Okk Abu Bakar ( 1940 ), Haji Abdul Karim Haji Drahman ( 1959 ) dan Datuk Abu Bakar Titingan ( 1962 ).

Tawau juga memiliki beberapa tempat-tempat bersejarah yang boleh menjadi bukti kejadian dan peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku suatu masa dahulu di Tawau. Tempat-tempat ini kini menjadi kenangan dan pilihan untuk anak-anak warga Tawau datang mengunjungi dan dapat melihat serta mengenali sejarah nenek moyang mereka yang pernah hidup dan mencipta sejarah kehidupan mereka sendiri di Tawau sebelum kelahiran generasi baru yang wujud pada ketika ini. Antara tempat bersejarah itu ialah monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Monumen di pinggir Padang Bandaran Tawau yang dahulunya adalah letaknya berhadapan dengan Pejabat Residen Inggeris yang kini tapaknya menjadi pejabat Pos 2020. Menara loceng ini adalah monumen yang paling lama pernah wujud di Tawau dan berusia lebih 100 tahun dan menjadi bukti sejarah kewujudan Tawau dan pemerintahan Inggeris di Tawau sebelum kemerdekaan Sabah bersama Malaysia.

Selain itu, di Tawau juga terdapat sebuah tapak perkuburan tentera Jepun yang letaknya di jalan Tanjung Batu - Kukusan. Tapak perkuburan bersejarah yang wujud pada tahun 1945 iaitu ketika pendudukan tentera Jepun ini telah dibaikpulihkan dan selalu menerima kunjungan saban tahun dari warga-warga Jepun yang mempunyai hubungan tali kekeluargaan dengan mereka yang dikebumikan di tapak perkuburan itu. Tempat ini sebenarnya adalah menjadi bukti yang Tawau pernah menjadi sebahagian mangsa kekejaman tentera Jepun. Mendiang Stephen Tan ( pemimpin bangsa Cina di Tawau ) dan Allahyarham Habib Hussein ( pemimpin masyarakat Melayu di Tawau ) adalah sebahagian mangsa kekejaman pemerintahan tentera Jepun. Nama-nama kedua pemimpin berjasa yang dibunuh tentera Jepun ini telah diabadikan pada dua buah jalan utama di bandar Tawau pada ketika ini.

Di Kalabakan, lebih 100 km dari bandar Tawau terdapat sebuah tugu peringatan bersejarah. Tugu Peringatan Kalabakan yang dibina pada tahun 1969 ini ialah monumen yang dibina untuk memperingati kehilangan 11 perajurit negara yang terkorban ketika konfrantasi Malaysia - Indonesia dahulu. Bagi pasukan benteng pertahanan negara iaitu Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ), sejarah yang berlaku pada tahun 1969 itu adalah peristiwa penting untuk diingati kerana pengorbanan perajurit yang terkorban untuk bangsa dan negara ini adalah sangat mulia dan membanggakan mereka serta tidak sia-sia. Wajarlah kita sebagai rakyat Malaysia yang sedang mengecapi nikmat pembangunan dan kemajuan negara ini mengingati jasa mereka dan meluahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang berjasa dan berkorban demi kita dan anak cucu kita ini.

Sebenarnya ada banyak lagi monumen dan tempat bersejarah yang pernah wujud di Tawau namun sebahagian telah musnah dan tidaak dapat dilihat lagi pada hari ini. Namun monumen dan tempat ini masih boleh dilihat dalam gambar-gambar yang dipamerkan di dalam buku-buku atau pameran-pameran di Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ) atau Galeri Sejarah Tawau di Perpustakaan Tawau. Antara monumen dan tempat bersejarah itu ialah Rumah Api ( Lighthouse ) di Batu Tinagat , Lombong Arang Batu di Silimpopon dan Masjid Lama Wilis.

Tempat Penginapan Di Semporna

Dragon inn merupakan tempat penginapan yang di sediakan untuk penduduk tempatan dan dan pelancong luar . Selain itu, Seafest Hotel juga terut menyediakan kemudahan penginapan. Penginapan yang ada di Semporna kedua-dua tersebut merupakan penginapan yang kelas khususnya di dearah Semporna.
 

penginapan di Semporna ((Dragon Inn)

penginapan di semporna (Dragon Inn)

 
Bayaran yang berpatutan akan dikenakan kepada mereka yang mendapat kemudahan ini. Pulau-Pulau pelancong utama di dearah Semporna seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul terut kepada para pengungung atau pelancong

penginapan di semporna

Tempat Makan Menarik Di Semporna 2

makan ABC kat pekan tawau.. ada byk gerai jual abc.. semua best2.. macam2 jenis abc ada.. location nya dekat dgn kedai buku kong ming... tanya ja org sana kompom diorang bagitau kot


byk gerai kt sini semua jual abc


ni abc milo

Tempat Makan Menarik Di Semporna

restoran tampi-tampi ni dengaq kata sedap makanan dia.tempat ni pon bleh mandi-manda n yg paling best tempat ni pernah jadik lokasi penggambaran filem duyung dulu lakonan apek.


ni restoran dia



ni rumah2 kat tepi restaurant

Selasa, 12 April 2011

Masyaallah...

cantiknya tasik bawah tanah
1.Tasik Gua Lechuguilla, New Mexico, USA

2.Tasik Cheddar Gorge, Great Britain

3.Tasik Bawah Tanah Guilin, China

4.Danau Gua Mellisani, Geneva

5.Tasik Hamilton, Texas

6.Tasik Gua Banff, Canada

7.Tasik Luray Caverns, Virginia

8.Tasik Yucatan, Mexico

Jumaat, 1 April 2011

Halau Jin...

Halau jin pakai CD


AHMAD menyifatkan ayat-ayat Rukyah sebagai menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.


RUTIN harian Ahmad Husin, 35, seperti insan biasa lain. Usai bersarapan, pemegang diploma teknologi maklumat dari sebuah kolej tempatan ini bingkas bangun melayan pesakit yang bertandang ke premisnya yang terletak di hadapan Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya, Selangor.

“Ada rasa sakit kepala, dada, tulang belakang atau rusuk selepas waktu Asar?” soalnya pada pesakit lelaki berusia lewat 40-an itu.

Tebak Ahmad lagi setelah jawapan negatif diberikan, selalukah mendapat mimpi dipatuk ular, jatuh dari tempat tinggi atau berada di lokasi sunyi dan kotor?

Juga negatif jawapan pesakitnya, Ahmad menggunakan pula pendekatan refleksologi untuk mengesan gangguan jin dengan cara memicit telapak tangan, lengan, ibu jari kaki dan pelipat lutut.

Oleh kerana kesemua lokasi yang ditekan tidak meninggalkan sensasi mencucuk seolah-olah renjatan elektrik, pesakit tadi disahkan bebas daripada gangguan jin atau sihir.

“Mungkin rasa sakit-sakit dan lenguh badan ini disebabkan kecederaan lampau,” ujarnya menyampaikan resolusi.

Pengalaman selama lima tahun Ahmad dan keberkesanan rawatan terapi al-Quran membuatkan Ahmad dipercayai pesakit.

Menurutnya, terapi yang berteraskan Rukyah Assyariah iaitu ayat tertentu daripada al-Quran dan doa yang selari dengan syariat ini bukan bidang baru dalam perubatan Islam.

Memperoleh ilmu daripada gurunya di Kedah, Ustaz Abdul Malik Lazim, Ahmad berkata membacakan ayat-ayat Rukyah kepada pesakit adalah kaedah yang paling afdal dalam menyingkirkan jin daripada tubuh seseorang.

Panas

“Semasa dibacakan 20 ayat Rukyah, pesakit diminta memejamkan mata dan mendengar dengan tenang tetapi tidak dibenarkan mengikut bacaan tadi bagi memastikan ayat tersebut ‘masuk’ ke dalam badan.

“Selepas itu, hembus ubun-ubun pesakit begitu juga dua botol air mineral bersaiz besar yang disediakan pesakit setiap kali datang berubat,” katanya.

Tambah Ahmad, sebotol air tersebut perlu diminum pesakit selama tujuh hari manakala sebotol lagi dibuat mandi.

Ahmad menyifatkan semua gangguan jin sebagai satu bentuk sihir. Antara simptom terkena gangguan jin ialah pesakit akan kerap bersendirian, menangis, tubuh menggeletar, meracau, badan bertukar panas, terdapat seperti sesuatu bergerak di bawah lapisan kulit dan pitam.

Oleh sebab itulah, apabila anggota badan pesakit yang mendapat gangguan jin disentuh, lokasi jin melekat akan terasa panas dan menjadi keras.

Kekuatan serangan jin ke atas manusia berbeza-beza dan akan menjadi-jadi sekiranya kaedah menghalaunya berbaur syirik.

Jin berupaya masuk ke dalam badan seseorang menerusi liang roma atau anggota badan yang berongga.

“Tidak kiralah sama ada melalui rongga badan yang besar seperti hidung, telinga, mulut dan kemaluan, jin juga berupaya merasuk manusia menerusi liang peluh,” bicaranya.

Sehubungan itu, Ahmad menyarankan setiap premis ‘dipagar’ dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi mengelakkan diganggu atau membuang sihir yang sedia ada.

“Laungkan azan di tengah-tengah premis atau rumah dengan menghadap ke arah kiblat dan renjiskan kawasan sekitar dengan air bacaan ayat Kursi,” katanya.

Ahmad turut mengesyorkan agar tiada gambar hidup digantung di dalam premis kerana gambar itu ibarat magnet yang menarik jin untuk singgah ke dalamnya.

“Simpanlah gambar di dalam album sahaja,” cadang Ahmad.

Dalam pada itu, terapi audio turut digunakan Ahmad dalam merawat pesakit yang terkena gangguan jin.

“Cakera padat (CD) yang mengandungi bacaan ayat-ayat Rukyah boleh dipasang setiap hari selama sebulan untuk mencegah daripada terkena sihir,” tegasnya.

Kereta

Amalan mendengar CD Rukyah di dalam kereta bagaimanapun tidak digalakkan kerana dikhuatiri membahayakan pemanduan.

“Jika badan kita kemungkinan mempunyai gangguan jin, ia akan menyebabkan seseorang mengantuk dan mengundang berlaku kemalangan,” katanya yang tidak menolak amalan memasang CD di dalam kereta bagi individu normal yang tidak diganggu jin.

Ahmad turut menjelaskan tiada halangan untuk seseorang merawat gangguan jin secara persendirian berbekalkan bacaan ayat-ayat Rukyah.

“Kes gangguan ringan bolehlah dibuat sendiri dengan cara memasang CD ayat-ayat Rukyah bersebelahan dengan tiga botol air mineral yang dibuka penutupnya.

“Setelah selesai, minum air tersebut sebanyak tiga kali setiap hari sehingga habis,” ujarnya.

Tambah Ahmad lagi, pelbagai manfaat diperoleh menerusi amalan membaca ayat-ayat Rukyah.

“Ayat-ayat Rukyah sifatnya menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.

“Selain itu, ayat-ayat ini mampu mengurangkan pendarahan berpanjangan bagi wanita yang mengalami istihadah,” ungkapnya.

sumber:Akhbar Tempatan.

Siapkan hidangan sambil menari

BAGI mereka yang pertama kali ke Pulau Pinang, kunjungan tidak akan lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke Persiaran Gurney.

Merupakan kawasan popular untuk beriadah, beli-belah dan mencuba pelbagai hidangan lazat, Persiaran Gurney yang turut dikenali sebagai Padang Kota Baru sememangnya syurga makanan bagi pelancong tempatan mahupun dari luar negara.

Salah satu daripada menu yang sering menjadi pilihan pelancong adalah pasembur. Ia merupakan salad India Malaysia yang terdiri daripada hirisan timun, sengkuang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan lain-lain lagi yang dihidang bersama kuah kacang manis berempah.

Menyerupai konsep gado-gado, istilah pasembur khusus digunakan di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Kalau di bahagian lain Malaysia, istilah rojak mamak lebih biasa digunakan.

Di Pulau Pinang, pasembur lebih popular sebagai makanan yang wajib dinikmati setiap pelancong dan ia boleh didapati di sekitar Padang Kota Lama, tapak penjaja sementara di Jelutong dan Persiaran Gurney.

mendekati keunikan tarikan yang terdapat di sebuah gerai menjual pasembur bernombor 61 di medan penjaja yang dinamakan Anjung Selera di situ. Bukan sahaja menyajikan pasembur dengan harga yang berpatutan, pengusahanya turut menghiburkan pengunjung dan pelanggannya dengan menari sambil melaungkan ‘Rojak! Rojak!’ mengikut irama lagu yang berkumandang.

Sewaktu berkunjung ke gerainya, dari jauh lagi sudah terdengar lagu InsyaAllah nyanyian Maher Zain yang dipasang kuat. Menariknya, lagu itu diiringi lenggok tubuh seorang lelaki yang bersahaja memotong bahan pasembur mengikut irama lagu tersebut.

Bukan sesuatu yang janggal bagi yang sudah biasa mengunjungi gerainya, namun bagi mereka yang kali pertama menyaksikan adegan itu tentunya terpaku melihat gelagat pekerja kedai itu yang tanpa segan-silu bergelek perlahan-lahan di hadapan ramai pelanggan.

Kendali sendiri


MEMILIH sekali lalu tidak puas. Para pelanggan mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan di gerai Ayub.


Hakikatnya, itulah rutin harian yang dilakukan oleh pengusaha gerai pasembur itu sendiri, Ayub Khan, 40. Aksinya memang mencuit hati, apatah lagi ketika waktu puncak iaitu sekitar pukul 6 hingga 8 malam apabila pelanggan setianya tidak putus-putus datang.

Walaupun mempunyai dua orang pembantu, Ayub lebih suka untuk memotong sendiri keropok dan bahan-bahan lain yang dipilih pelanggan seterusnya menuang kuah pekat itu mengikut gaya tersendiri.

Ayub yang sudah 15 tahun berniaga pasembur berkata, kelainan yang ditampilkannya itu antara sebab gerainya menjadi pilihan pelanggan.

“Sebenarnya, sejak dahulu lagi trademark kedai ini ialah memotong bahan pasembur dengan cara sedemikian. Kemudian saya tambah pula dengan bergelek sedikit sambil melaungkan ‘Rojak! Rojak!’.

“Saya bukan sahaja mementingkan rasa yang lazat malah ia dijual pada harga berpatutan mengikut saiz. Ia antara yang termurah dalam kalangan peniaga pasembur,” katanya yang turut memiliki sebuah lagi gerai pasembur yang diuruskan oleh abangnya, Mydin Khan, 55.

Lagu disko

Menurut ceritanya, idea menghiburkan pelanggan itu timbul setelah salah seorang pembantunya, Kalinder Mydin menari sambil menuang kuah pasembur dengan iringan lagu disko yang dipasangnya beberapa tahun lepas.

“Sejurus mendengar lagu, Kalinder mula melaungkan ‘Rojak!, Rojak!’ mengikut rentak muzik dan gelagatnya itu membuatkan kebanyakan pelanggan tersenyum dan akhirnya memberikan tepukan gemuruh kerana aksi spontannya yang menghiburkan itu.


AYUB menunjukkan salah satu saiz hidangan pasembur mengikut bahan yang dipilih pelanggannya.


“Kejadian tidak disengajakan itu memberi idea kepada saya untuk meneruskannya. Sejak itu, gelaran Ayub Disko Rojak mula disebut-sebut dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan yang kadangkala turut sama menari,” ujarnya yang berasal dari India dan telah menetap di Pulau Pinang sejak kecil.

Tambah Ayub, walaupun harga bagi pelbagai bahan makanan meningkat, namun dia masih mengekalkan harga seperti dahulu iaitu harga cucur udang hanya RM3 sekeping, isi ketam dan udang goreng tepung di antara RM5 hingga RM8 bergantung pada saiz.

Sebaliknya, bagi pelanggan yang inginkan bahan tambahan, terdapat lebih 20 jenis pilihan isi pasembur lain disediakan termasuk bebola ikan, isi ketam, udang dan sosej.

Ayub tidak mahu menaikkan harga jualannya untuk mengaut lebih keuntungan kerana apa yang paling penting baginya adalah untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

“Saya juga tidak mengurangkan sedikit pun sukatan kuantiti campuran untuk membuat keropok, cucur udang mahupun kuahnya kerana mahu mengekalkan rasanya.

“Sebenarnya tiada rahsia untuk membuat kuah pasembur yang pekat dan lazat. Saya hanya menggunakan kacang, gula merah, ubi kentang, asam dan cili mengikut sukatan yang betul,” katanya yang turut berbangga apabila gerai kecilnya itu pernah mendapat liputan media asing.

Turut difahamkan oleh seorang pembantunya, Ayub pernah dijemput untuk mengadakan demonstrasi resipi pasembur istimewa kedainya di Korea Selatan, namun terpaksa ditolak kerana dia tidak sanggup meninggalkan gerai serta pelanggannya di Pulau Mutiara.

Pelanggan teruja

Sementara itu, seorang pelancong dari Medan, Indonesia, Therzsia Bu Jhon, 60, yang ke gerai itu untuk kali kedua berkata gaya unik itu telah menambat perhatiannya untuk ke gerai Ayub.

“Semalam saya datang, hari ini pun nak tengok lagi. Seronok tengok gelagat dia hiburkan pelanggan,” katanya teruja.


PARA pelanggan tidak putus datang ke gerai Ayub, sama ada untuk makan di situ atau bungkus untuk dibawa balik.


Bagi warga tempatan, Fairuzah Hanis Mohamad Mydin, 16, dia memilih pasembur air tangan Ayub kerana rasanya yang enak dan harganya yang berpatutan.

“Walaupun di sini banyak gerai pasembur, tapi keluarga saya suka datang ke gerai ini untuk menjamu selera dalam sesi berkumpul beramai-ramai,” terang Fairuzah mengenai gerai yang khabarnya pernah menerima sekitar 2,000 orang pelanggan sehari ketika musim cuti persekolahan itu.

Ayub turut mempunyai cawangan di Padang Kota Lama dan Gelugor namun dia mengakui bahawa gerai di Persiaran Gurney itu paling banyak mendapat sambutan.

“Saya tidak kisah dan tidak malu menari sambil melaungkan ‘Rojak! Rojak!’ sepanjang hari sekiranya ia mampu menarik lebih ramai pelanggan kerana yang penting adalah mereka mendapat kepuasan maksimum,” kata Ayub yang membuka gerainya bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.

sumber:Akhbar tempatan

p/s:sempoi laaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya