Iklan

Rabu, 14 September 2011

Tempat Aneh Dan Unik... Part 2

Eisriesenwelt Ice Cave (Austria)
Gua batu ais yang terletak di Tennengebirge Mountains, dekat Salzburg ini sangat luar biasa dan unik berbanding gua ais yang lain. Kononnya, ada perasaan aneh ketika masuk ke sini. Seolah kita berada di planet lain. Dalam banyak2 gua ais yang lain, Eisriesenwelt Ice Caves di Austria yang paling besar dan paling popular.


Salar de Uyuni (Bolivia)
Agaknya, Salar de Uyuni merupakan tempat paling menarik di dunia. Gurun garam terbesar di dunia, gunung api tinggi, serta sumber air panas yang terkenal. Semuanya membuatkan daerah ini seperti tempat aneh, seolah kita tidak berada di planet bumi.



Dry Valleys (Antartica)
Dengan permukaan tanah yang berpasir dengan kerikil tandus, tempat ini dikatakan tempat di Bumi yang mirip dengan planet Mars. Tempat ini berada di Victoria Land, sebelah barat McMurdo Sound.
Tempat ini juga unik dengan danau yang membeku selama bertahun2 lamanya dengan ketebalan ais beberapa meter, dimana bawah ais tersebut memiliki air dengan kepekatan garam yang sangat tinggi. Mahkluk/organisma yang tinggal di situ pun mesti aneh2 dan unik.


Blood Pond Hot (Japan)
Blood Pond Hot Spring adalah salah satu dari sembilan “neraka” (jigoku) Beppu, Jepun. Tempat ini menjadi tarikan disebabkan sumber air panas yang berwarna merah dengan suhu yang amat sangat panas dan kandungan besi yang tinggi.


Socotra Island (Indian Ocean)
Pulau yang berada di wilayah negara Yaman ini adalah pulau terpencil yang didiami sekitar 40.000 orang. Nama Socotra itu sendiri diambil dari bahasa Sansekerta yang bermaksud “Pulau Kebahagiaan”.
Tempat ini popular dengan pelbagai jenis tumbuhan dan pokok yang berbentuk unik dan aneh. Ada juga sebahagian daripada pokok di sini berumur lebih 20juta tahun…
Namun, walaupun pulai Socotra ini Nampak menarik dan ramai orang tertarik, tempat ini tidak dijadikan kawasan perlancongan disebabkan :
Suhu di pulau ini dapat mencapai 40 darjah celcius.
pembangunan adalah dilarang untuk mengekalkan khazanah alam yang unik. Satu-satunya jalan yang ada di pulau tersebut baru dibangun sekitar 2 tahun lalu. Itu pun dengan perjanjian yang banyak antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.
Tidak dibenarkan ramai pelancong datang ke sana untuk menjaga keaslian pulau.


Sumer - Lapadeh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya