Conrad Maldives Rangali Island merupakan dua buah pulau peribadi dimana terletaknya sebuah hotel mewah 5 bintang yang telah 2 kali memenangi anugerah sebagai hotel terbaik di dunia. Hotel ini mempunyai 50 villa air, 79 banglo pantai, dan 21 villa spa. Namun, yang paling istimewa adalah restoran dasar laut yg boleh juga diubah menjadi suite. Nak berkelamin di bawah lautan
Mai La Usha usha apa yg ada ..uhuhuhuhuhuhu ......... - Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging..........."
Iklan
Isnin, 6 Mei 2013
ARTIKEL - TEMPAT MENARIK - Pulau Conrad Hotel Paling Mewah
Conrad Maldives Rangali Island merupakan dua buah pulau peribadi dimana terletaknya sebuah hotel mewah 5 bintang yang telah 2 kali memenangi anugerah sebagai hotel terbaik di dunia. Hotel ini mempunyai 50 villa air, 79 banglo pantai, dan 21 villa spa. Namun, yang paling istimewa adalah restoran dasar laut yg boleh juga diubah menjadi suite. Nak berkelamin di bawah lautan
Selasa, 16 April 2013
ARTIKEL - AGRO - ‘Jutawan’ cili padi
‘Jutawan’ cili padi
Berbudi kepada tanah, pasti mendapat hasilnya dan ia dibuktikan Ammar Abd Aziz, 40, yang kini bergelar siswazah tani apabila mengusahakan projek penanaman cili padi di ladang berkeluasan 21 hektar.
Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Pelaburan, dia tidak kekok menjadi petani moden.
Tanpa sebarang pengalaman, Ammar memberanikan diri mengusahakan projek tanaman cili padi secara ladang di Kampung Batu 3, Membau, Seremban dan Kampung Chembong Kechil, Rembau, Negeri Sembilan.
Dengan bantuan tenaga kerja asing, dia boleh berbangga mengeluarkan cili padi segar untuk pasaran di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Dengan bantuan tenaga kerja asing, dia boleh berbangga mengeluarkan cili padi segar untuk pasaran di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Dengan pendapatan lumayan itu, dia mampu memperuntukan RM15,000 sebulan bagi membayar gaji pekerja.
Ammar yang juga usahawan bimbingan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah ( PhD).
Justeru, dia meminta bantuan dua sahabatnya memantau projek perladangan cili segar itu menggunakan teknologi telekomunikasi jarak jauh.
“Walaupun mengambil PhD di University of Queensland Australia dalam bidang Perubahan Cuaca dan Kajian Pokok Bakau, saya masih mampu memantau tanaman cilinya dari jarak jauh,” katanya.
Dia tidak menggunakan kedah penanaman cili padi segar secara fertigasi atau sistem sembur ‘sprinkler’, sebaliknya kaedah ‘drip tape’ iaitu pengairan titis.
“Sistem pengairan renjis atau ‘sprinkler’ tidak praktikal kerana semburan tidak tepat kepada tanaman.
“Penggunaan sistem pengairan titis dipraktikkan di ladang lebih menjimatkan malah terus meresap ke akar,” katanya.
Usahanya itu berbaloi kerana dia kini siswazah tani Bumiputera terbesar menghasilkan tanaman cili padi.
“Penanaman cili padi ini agak memenatkan kerana kaedah mengutip hasil dilakukan secara manual.
“Bagi penghasilan sekilogram cili padi, pekerja perlu memetik 600 biji.
“Justeru, saya perlu bijak menyusun pekerja bagi memastikan seorang pekerja mampu mengutip 30 hingga 40 kilogram cili padi sehari,” katanya.
Dia berterima kasih kepada Jabatan Pertanian dan MARDI yang banyak membantu dalam usahanya menanam cili padi.
Kini, Ammar menggunakan varieti cili padi Taiwan yang disemai di tapak semaian di ladang miliknya itu.
“Cili padi ini boleh hidup sehingga lapan bulan dan hasilnya lebih lumayan.
“Pokok ini akan disemai dalam rumah khas selama 32 hari dan selepas tiga bulan,
ia mengeluarkan hasil,” katanya.
SUMBER - HM
ARTIKEL - AGRO - GENKiMO atasi kandang busuk
GENKiMO atasi kandang busuk
BAU ladang ternakan ayam, kambing dan lembu sering kali menjadi isu di kalangan penternak hingga keadaan itu mengundang kehadiran lalat.
Masalah bau busuk itu turut menghantui penduduk setempat sehingga menimbulkan konfrontasi berpanjangan.
Biarpun penggunaan habuk kayu dapat mengurangkan bau busuk, sifat semula jadi bahan buangan haiwan itu tidak dapat dibasmi sepenuhnya.
Justeru, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan teknologi GENKiMO iaitu produk bioteknologi menghasilkan mikro organisma probiotik sihat.
Justeru, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membangunkan teknologi GENKiMO iaitu produk bioteknologi menghasilkan mikro organisma probiotik sihat.
Produk dibangunkan melalui usaha sama dengan syarikat Dazzling Destiny Sdn Bhd di Hi-Tech 5, Semenyih Hi-Tech Industrial Park, Semenyih.
Ia dihasilkan melalui proses fermentasi dan pencirian secara semula jadi menggunakan bahan persekitaran tempatan sepenuhnya.
Lima produk GENKiMO dibangunkan Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik Ibu Pejabat MARDI, Dr. Ramli Mohd Noor itu adalah GENKiMO Flora, GENKiMO Fauna, GENKiMO Odor Removal, GENKiMO Composeed (Benih kompos) dan GENKiMO Bio (Aditif Makanan Ternakan).
Beliau berkata, teknologi dibangunkan itu menggunakan dana TechnoFun (MOA) berjumlah RM1.5 juta.
“GENKiMO mampu mengitar semula bahan-bahan tanaman hijau atau bahan sampingan agro-industri menjadi baja bio organik dan makanan ternakan.
“Ia juga memaksimumkan pemuliharaan nutrien dalam bahan-bahan tempatan serta mengandungi mikroorganisma probiotik yang sihat.
“Kosnya rendah, selamat, tahap aplikasi rendah dan mesra alam sekitar,” katanya.
Menurutnya, GENKiMO meningkatkan kualiti, warna dan bau selain memendekkan tempoh pemeraman kepada 14 hari.
“Ia juga mengatasi masalah ‘buffer’ yang sering timbul dengan penggunaan urea dalam pemprosesan silaj,” katanya.
Beliau berkata, setiap daripada lima produk GENKiMO membantu petani mempertingkatkan pengeluaran di ladang ternakan.
“Produk GENKiMO Odor Removal sesuai digunakan untuk mengatasi masalah bau busuk di sekitar kandang ternakan.
“Kami melakukan testimoni di sebuah ladang ayam di Beranang dan hasilnya memang hebat kerana tiada bau dan bebas lalat,” katanya.
Menurutnya, GENKiMO Bio (Aditif Makanan Ternakan) membantu meningkatkan prestasi serta kesihatan ternakan.
Sebagai tambahan penternak boleh melakukan pemeraman bahan makanan bagi meningkatkan lagi kesannya.
“Ia sesuai digunakan untuk ternakan lembu, ayam, itik dan kambing,” katanya.
Katanya, cecair minuman GENKiMO Fauna dijadikan sebagai bahan alternatif pengganti antibiotik bagi mengurangkan stres pada ternakan dan mengurangkan kos rawatan dan ubat-ubatan.
“Ia juga mengatasi masalah pencemaran bau busuk dan lalat pada ladang ternakan dan mengatasi masalah serangan kutu dan cacing.
“Sukatan penggunaan dengan pencairan seliter Fauna bersamaan 1,000 liter air tanpa klorin,” katanya.
Menurutnya, GENKiMO Flora menggalakkan percambahan dan tumbesaran tanaman, meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman dan meningkatkan jumlah hasil.
“Ia meningkatkan daya ketahanan tumbuhan terhadap penyakit dan serangga, mampu menghasilkan baja bio organik dan memulih serta menambahbaik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
“Kaedah penggunaan ialah seliter Flora bersamaan satu tan bahan kompos. Penggunaan semburan pada tumbuhan pula membabitkan nisbah 1:700.
“Jika disembur pada pokok, tumbuhan itu lebih sihat dan cepat membesar,” katanya.
Produk terakhir, GENKiMO Composeed memulihkan tanah dengan penggunaan 10 kilogram produk itu untuk sehektar tanah.
Beliau berkata, semua produk GENKiMO dihasilkan menggunakan dua teknologi saranan MARDI seperti tangki fermentasi cecair dan ‘bioreaktor’ ciptaan tempatan.
Teknologi GENKiMO yang menggunakan konsep ‘pengusaha sejahtera, masyarakat sekeliling sejahtera’ menerima Anugerah Emas Bio Malaysia dan pingat perak bagi Seoul International Invention Fair (SIIF) 2009.
Bagi perancangan jangka panjang, produk itu akan dikembangkan untuk kegunaan rumah seperti bahan pengelap lantai, karpet dan pembersih bulu kucing.
SUMBER -HM
ARTIKEL - AGRO - Kacang panjang pulangan lumayan
Kacang panjang pulangan lumayan
Sekitar 2010, Ahajani Shaari, 43, bersama rakan sekampung menyertai Kumpulan Tani untuk mengusahakan pelbagai projek penanaman sayuran di tanah rizab padi.
Bagi mendapatkan bantuan, mereka kemudian menyertai Projek Ladang Kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sejak itu, pelbagai projek penanaman sayuran termasuk cili, bendi, timun, jagung dan kacang panjang dilaksanakan secara bergilir-gilir di kalangan peserta di Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor.
Ahajani berkata, dengan keluasan tanah 1.2 hektar persegi, dia mengusahakan projek penanaman timun dan kacang panjang secara berselang seli bagi menjamin kualiti sayur dihasilkan.
Ahajani berkata, dengan keluasan tanah 1.2 hektar persegi, dia mengusahakan projek penanaman timun dan kacang panjang secara berselang seli bagi menjamin kualiti sayur dihasilkan.
“Daripada jumlah tanah itu, 0.6 hektar diusahakan dengan timun dan bakinya dengan kacang panjang.
“Namun, modal diperlukan untuk menanam sayur jenis junjung agak tinggi kerana perlu menyediakan kos seperti penyediaan kayu junjung, tali dan dawai dengan anggaran RM10,000 untuk 0.6 hektar,” katanya.
Menurutnya, FAMA bukan saja membeli hasil pertanian secara langsung, tapi turut menyediakan khidmat nasihat kepada peserta projek terbabit.
“Kami juga dibantu Jabatan Pertanian. FAMA bertindak untuk memasarkan sayuran. Kami beruntung kerana FAMA menawarkan harga semasa dan membayar pada kadar sama jika harganya jatuh.
“Itu konsep yang dipersetujui menerusi Ladang Kontrak, tapi FAMA akan membayar lebih tinggi jika harga di pasaran meningkat,” katanya.
Menyentuh mengenai pemilihan dua sayuran diusahakannya, Ahajani yang pernah mengusahakan kantin dan pembekalan makanan asrama mengakui penanaman sayuran seperti itu dapat menjimatkan kos.
“Biasanya selepas menanam timun, saya akan menanam kacang panjang. Saya mempraktikkan teknik penanaman dua sayuran itu kerana mahu menjimatkan kos.
“Tali yang digunakan tidak perlu dibuang dan boleh digunakan semula untuk penanaman kacang panjang. Maknanya saya hanya perlu menunggu pokok lama kering sebelum digantikan dengan kacang panjang.
“Biasanya kos upah pemasangan tali untuk 0.6 hektar sekitar RM700 hingga RM800. Jadi di situ saya sudah melakukan banyak penjimatan,” katanya yang turut mengutamakan penggunaan baja organik, selaras dengan konsep ‘natural farming’.
Menurutnya, semua benih kacang panjang dan timun diimport dari luar negara, manakala pekerjanya pula kebanyakan daripada penduduk tempatan.
“Kacang panjang mengeluarkan hasil selepas 45 hari ditanam di ladang. Setiap satu batas memerlukan 120 pokok dan bermakna kira-kira 12,000 pokok diperlukan untuk 0.6 hektar.
“Jangka hayat pokok kacang kira-kira 40 hari, namun usianya boleh mencecah sehingga dua bulan,” katanya.
Dianggarkan 400 hingga 500 kilogram kacang panjang dihasilkan dalam keluasan tanah 0.6 hektar.
“Potensi penanaman sayur kacang sangat menguntungkan. Jika bergantung kepada pasaran pasar besar atau borong harganya mungkin di bawah kos.
“Biasanya 10 bakul dapat dihasilkan untuk setiap kali tuaian di ladang. Berdasarkan perjanjian, separuh akan dijual kepada FAMA dan separuh lagi untuk pasaran tempatan,” katanya.
Mengenai perancangan masa depan, katanya dia berharap dapat meluaskan lagi projek penanaman sayuran, sekali gus meningkatkan skala pengeluaran.
ARTIKEL - AGRO - Lintah mudah diternak
Khamis, 4 April 2013
ARTIKEL - MENARIK - SEJARAH - RAJA HONDA MALAYSIA - LOH BOON SIEW
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995 (bahasa Cina: Tulisan Cina Tradisional 駱文秀/Tulisan Cina Ringkas 骆文秀) juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda.
Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis vavi (sebagai bahan bakar) untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang dalam sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien dan hampir tiada pendidikan rasmi. Dia bekerja sebagai pelatih mekhanik kereta (3 ringgit sebulan) ketika baru tiba. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.
Rabu, 6 Februari 2013
ARTIKEL - MENARIK - Tanah perkuburan islam mewah 11 gambar
Langgan:
Ulasan (Atom)
























