Mai La Usha usha apa yg ada ..uhuhuhuhuhuhu ......... - Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging..........."
Iklan
Selasa, 1 November 2011
Ambeng bertemu patin tempoyak
HIDANGAN nasi ambeng dengan lauk-pauk pelengkap begitu menyelerakan.
BAYANGKAN jalinan rasa gulai tradisi Melayu saat ia dimakan bersama kerabu yang harum dengan aroma hirisan bunga kantan dan kelapa parut segar. Itu belum lagi merasa gulai lemak patin tempoyak yang seimbang rasa manis dan pedasnya. Gabungan itu mencetuskan pengalaman hebat buat mereka yang kali pertama mencubanya!
Semua itu bakal dinikmati sekiranya anda memilih untuk berbuka puasa di D'River Cafe, Riverstone Eco Resort (RER) di Ulu Yam, Selangor. Keindahan suasana rimba dan landskap pinggir sungai menjadikan lokasi tersebut tumpuan penggemar ramai setiap kali tibanya Ramadan.
"Kami meneruskan tarikan iftar tahun ini dengan menawarkan lebih 40 jenis hidangan kampung dan juga tradisional Jawa," ujar Pengurus RER, Hamidah Asararuddin.
Signatur RER
Menurutnya, selain patin tempoyaknya yang popular, pelanggan restorannya kali ini diraikan dengan beberapa menu utama seperti pecel Mbah Wedok, ayam panggang Wak Kenny, daging semur Mbah Lanang dan ikan asam pedas.
Turut menjadi 'bintang' di meja bufet adalah nasi ambeng Selabak yang merupakan signatur baharu di RER. Nasi putih panas beralas daun pisang sememangnya bertambah lazat dimakan bersama ayam masak kicap, sambal goreng, serunding kelapa, mi goreng dan ikan masin.
D'RIVER CAFE terkenal dengan sajian gulai lemak patin tempoyak dengan tahap kepedasan sederhana.
Bagi yang menenangkan jiwa dengan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu di surau terbuka dekat lereng bukit berlandskap hutan di situ, tidak salah kalau terus kembali ke restoran bagi menyambung tuntutan selera.
"Pelanggan juga perlu mencuba laksa Teluk Intan sebagai hidangan sampingan. Mulai minggu kedua, tetamu kami diraikan dengan sajian kambing panggang setiap hari Isnin hingga Khamis sementara minuman wedang serey pula boleh didapati pada hari Jumaat hingga Ahad," ujar Hamidah.
Wedang serey ialah minuman herba istimewa yang menggabungkan rasa eksotik serai, halia, kayu manis dan gula melaka. Ia mampu menyegarkan tubuh apabila diminum panas. Bagi yang meminati pencuci mulut pula, kolak pisang, bubur pulut hitam, sago gula melaka menjadi taruhan RER selain kuih-muih tempatan lain.
Di RER, anda mungkin mahu merasai keunikan nasi ambeng dan kelazatan patin tempoyaknya secara berasingan. Mungkin juga, ada yang ingin mengejutkan tunas rasa dengan menikmati kedua-duanya secara serentak dalam satu pinggan. Nasi ambeng bertemu patin tempoyak, apa salahnya? - HAMZAH ABDUL HAMID
SUMBER - KOSMO -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan