Hatyai di Thailand antara destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia kerana kedudukan yang dekat dengan negara ini selain syurga membeli-belah.
Hatyai juga digemari kerana menyediakan menu tomyam yang sedap dan halal.
Selain membeli-belah dan menikmati keenakan tomyam, rugi jika ke Hatyai tetapi tidak berkunjung ke lokasi tarikan pelancong iaitu pasar terapung Klong Hae.
Klong Hae terletak kira-kira 20 minit perjalanan kereta dari pekan Hatyai.
Klong Hae terletak kira-kira 20 minit perjalanan kereta dari pekan Hatyai.
KIF (bertudung biru) membantu ibunya sejak usianya 8 tahun.
KLONG Hae sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutama tarikan pasar terapung.
Pasar terapung sentiasa menjadi tumpuan rakyat tempatan dan pelancong asing kerana persekitaran yang unik dan masih mengekalkan tradisi lama.
Pasar terapung Klong Hae ini dibuka hanya pada hujung minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad dari tengah hari hingga jam 9 malam.
Pasar terapung Klong Hae adalah yang pertama seumpamanya di Selatan Thailand. Ia membangkitkan tradisi lama cara rakyat tempatan dulu kala berniaga yang banyak bergantung kepada laluan air.
Difahamkan kira-kira 90 peratus makanan yang dijual sama ada di atas sampan atau daratan adalah halal.
Keunikan pasar terapung ini bukan hanya pada kedai jualan yang beroperasi di atas sampan, tetapi kebanyakan makanan dijual di dalam pinggan kecil yang diperbuat dari daun pisang.
Minuman pula dari pasu tanah liat yang ada persamaan dengan labu sayong.
Jadi pelanggan seronok mendapat makanan yang dibeli dalam anyaman daun pisang dan gelas tanah liat yang pelbagai bentuk.
Gelas itu tentu saja di bawa balik dan menjadi tanda kenangan yang sungguh unik.
Dengan urusan jual beli antara pelanggan dan penjual di atas sampan, suasana pasar terapung itu sungguh sibuk.
Penjual turut memperkenalkan produk masing-masing, antaranya laksa, kerabu, jeli, nuget, kuih-muih tradisional, manisan dan pelbagai minuman.
Meja dan kerusi makan turut disediakan, lengkap dengan sos dan kicap.
Suasana pasar terapung memang menjadi tarikan pelancong. Semuanya sibuk mengambil gambar. Penjual menghulur makanan yang dibeli dengan kayu panjang kerana jarak yang agak jauh jika menggunakan tangan.
Ada dua beranak yang berniaga di atas sampan sebelah menyebelah. Mereka ialah Kak Nab, 53, dan anak gadisnya, Kif, 13 tahun.
Sudah hampir enam tahun Kak Nab berniaga di situ dan Kif membantunya sejak berusia 8 tahun.
Mereka menjual pelbagai jenis kerabu dan laksa.
“Lebih ramai orang Malaysia membeli makanan di sini berbanding orang tempatan,” kata Kak Nab.
Kak Nab mempunyai enam anak dan Kif ialah anak bongsunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan