Iklan

Selasa, 13 September 2011

Tulisa bukan calang juri X Factor


TUGAS BARU...bersama juri baru X Factor dalam siri ke lapan.
DIA telah membuktikan dirinya apabila pertama kali menjadi juri untuk rancangan X Factor hujung minggu lepas - dan Tulisa Contostavlos juga menunjukkan yang dia juga seorang penghibur yang hebat ketika beraksi di dua set V Festival yang juga diadakan hujung minggu lepas.

Gadis berusia 23 tahun ahli kumpulan N-Dubz ini, berjaya menghiburkan peminat muzik di festival yang diadakan di Staffordshire dan Chemsford, tapi gaun pendek bermotif�kan harimau bintang yang dikenakan malam itu di Essex, yang lebih menarik hati peminatnya.

alam Sabtu lalu, dia yang pertama kali menjadi hakim bersama Gary Barlow dan Kelly Rowland berjaya memikat hati penonton, sewaktu set pertama uji bakat X Factor - terutama apabila ketika memarahi George Gerasimou, 19 yang bermulut lancang.

Pada malam itu, Gerasimou telah menyanyi dengan teruk dan diminta untuk berhenti. Dia kemudian melontarkan kata-kata kesat terhadap Tulisa. “Kamu memang tak guna, cuba hendak ambil alih tugas Cheryl. Dasar orang tak guna.”


Tapi Tulisa mempertahankan keputusannya. Dia memukul meja dan membalas balik dengan berkata: “Kamu di sini untuk diadili dan kamu tahu apa yang telah kamu lakukan? Kamu memalukan diri sendiri di hadapan penonton di seluruh negara. Saya dari Camden Town dan saya telah bekerja keras, sebab itu saya berjaya sekarang.”Tulisa kemudian mengaku yang dia memang mahu sangat pukul remaja yang bermulut celupar itu. Dia berkata, “Kalaulah 10 tahun dulu, memang saya sudah pukul dia, tapi sekarang ini saya hakim X Factor dan saya tidak dibenarkan berbuat begitu.”

Penyanyi N-Dubz ini hanya membalas lagi, “Saya tak fikir kamu akan berubah sikap. Kamu datang dan berdiri sebelah saya dan saya boleh rasa sifat agresif kamu. Kamu seorang yang pemarah, dan itu tidak elok.”

Sementara itu, siri baru X Factor dikatakan telah ditonton oleh 12.6 juta penonton pada malam Sabtu - satu rekod yang menyamai jumlah penonton yang menonton rancangan pembukaannya.

Menurut ITV, jumlah penonton yang tinggi adalah kombinasi penonton yang menonton ITV1 dan ITV1+1 dan 12 juta penonton lagi yang menonton di ITV1 siaran jam 8pm. Pada waktu puncak�nya, lebih daripada separuh (51%) penonton menonton pertandingan bakat itu.

Pada puratanya, 11 juta penonton mahu melihat barisan juri baru, Gary Barlow, Tulisa Contostavlos dan Kelly Rowland dan Louis Walsh memulakan siri ke lapan rancangan itu.

Seramai 1.6 juta (7.2% berkongsi) menonton Xtra Factor di saluran ITV2. Terdapat purata 1.5 juta penonton menonton seluruh rancangan itu.

Festival V pula diakhiri de�ngan persembahan daripada Rihanna dan Eminem di Chelmsford.

Sementara itu Festival V di Staffordshire dirancakkan lagi dengan persembahan oleh Tinie Tempah, Plan B, Bruno Mars, Kaiser Chiefs, Dizzee Rascal dan kumpulan terkenal, Arctic Monkeys.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jom LaYan Blog Saya